31.10.08

Tangisan

Kalau lelaki menangis.
Ado orang kato, tak gentle.
Ado orang kato, lombik.
Ado orang kato, lomah.

Walau apo pun orang kato.
Tangisan itu bermulo dari hati.
Hanyo manusio yang takdo hati perut yo.
Yang sukar nak titiskan air mato.
Hanyo manusio ego meninggi yo.
Yang akan menahan air mato dari gugur.

Ese. Punyo hati dan perasaan.
Dan ado beberapo perkaro buek air mato ese gugur.

Pertamo perkaro yang melibatkan keluargo.
Ese tidak suko permasalahan dalam keluargo.
Kalau dimarah atau marahkan adik beradik.
Pasti bergonang yo air mato ese.
Begitu jugak jiko melibatkan parent ese.

Keduo melibatkan orang yang disayangi.
Ese mudah tersentuh hati.
Kalau bermasalah atau ghaso nak marah.
Ese akan copek sedih dongan apo yang berlaku.
Dan ese akan sedih atau mengalirkan air mato.
Selopeh ese melopehkan kemarahan.

Ketigo. Saat ese menghayati drama mahupun filem.
Sorang diri. Yang melibatkan kisah keluargo.
Macam citer anak yang tak mengenang budi serto menderhako dokek parent.
Atau macam citer Hindustan melibatkan perpecahan dalam keluargo.
Terutamo citer lakonan Shah Rukh Khan. Memang tersentuh betol.
Atau macam citer si isteri yang menderhako dokek suami.
Yang buat suami menderito dan melayan macam bangkai tak bernyawo.

Ontah kenapo semuo itu membuatkan hati ese copek tersentuh.

29.10.08

Sakit

Sakit dado datang tibo-tibo. Tahan.
Saat menghirup teh-o panas di warong kelate.
Di hujung sano riuh wargo mudo menonton bola di Astro.
Tidak memperdulikan mejo di tepi jalan.

Duo lelaki kacak berbual. Lamo sudah tidak jumpo.
Pelbagai cerito keluar. Selang seli dongan umpatan seperti biaso.
Terkadang terhibur dan ghaso macam kono geletek yo.

Sakit semakin datang mencucuk.
Harus pulang berehat dolu.
Bangun dipapah lantaran sakit yang amat.
Kereto dipandu laju. Menuju destinasi.
Jalan sosak di tongah kota metropolitan.

Panik. Dunio sudah golap. Mata terpejam rapat.
Walaupun panik. Harus gagahkan juo menuju destinasi.
Mencari dimano harus di tuju tatkalo malam di kemuncak.
Mencari tompek mohon bantuan kecemasan.

Tidak sompek pun jumpa. Dunio cerah kembali.
Menyusur ke bawah tanah. Mencari lot kosong.
Terpapah memanjat ke tingkat teratas.
Terbaring lesu. Menahan kesakitan amat.

Berlari laju turun kebawah. Mengah.
Mencari sumber penawar.
Buat menahan kesakitan.
Dan jumpa di ruang 24 jam.

Selak dan sapu dan urut.
Sedikit lego teghaso.
Nyenyak dalam baki kesakitan.

28.10.08

Handphone

Sudah lamo ese nk tulih pasal ini.
Tapi tetibo ketiko blog hopping dari blog Moqh.
Ese jupo dongan
blog Tunang Adinang ni.

Apo yang beliau tulih. Menarik perhatian ese.
Dan ese kagum dongan pendirian beliau.

Dolu. Ese pun seperti yang beliau tulih.
Maso zaman mudo-mudo dolu lah.
Tapi sudah lamo ese tinggalkan tabiat itu.
Dah sodar tabiat buruk itu bakal merosakkan hubungan.

Seperti ditulih dalam blog itu.
Kepercayaan lebih penting.
Terpulang pado empunyo handphone mahu call atau sms dongan siapo.
Yang penting mereko tahu status mereko dan tahu menjago hubungan itu.
Tanggungjawab itu lebih penting daripado segalonyo.

Kalau check jugak. Alih-alih akan menyakitkan hati sendiri.
Kan menyerabutkan otak gitu.
Boleh bikin otak penat kan?

Dan yang lagi parah. Mungkin bakal mengakibatkan pergaduhan.
Dan seterusnya bakal menghancurkan suatu hubungan itu.
Takkan kalian mahu begitu sepanjang maso.



27.10.08

Kirawang

Kira. Sekali.
Tokan papan kekunci.
Kira lagi. Dua kali.
Tokan papan kekunci.
Kira lagi. Tigo kali.
Tokan papan kekunci.
Kira lagi. Ompek kali.

"hoi, berapo kali mau kira hah?"
"bukan banyak pun duit tu, pun berkali-kali nak kigho kor?"
"fokus lah sikit, jangan dok buek kojo sambil borak lorr"

Sorgah mamat kurus keding dokek pegawai kat kaunter Eon Bank tu.

24.10.08

Prebet Sapu

Sapo kato idup sorang prebet sapu itu susah?
Prebet sapu boleh dapat pendapatan dokek RM4000 sebulan.
Boleh dikatokan agak mewah bagi masyarakat dokek luar bandar.

Jeman. Sorang pemudo yang terkonal dongan sifat kedekutnyo.
Memulokan kerjayo 'prebet sapu' sekitar 80-an.
Sekitar umurnyo pertengahan 20-an.
Bermulo dongan sebuah Van Nissan C-20 sekenhen.

Setiap hari.
Mengambil dan menghantar masyarakat ke bandar Tanah Merah.
Rata-rata penduduk sekitar 90-an tidak punyo kenderaan sendiri.
Jadi prebet sapu merupakan satu-satunyo pilihan.
Kerano kampong ese ni belum ado kemudahan bas mini.
Tambang sekitar 50sen bagi kanak-kanak dan RM1 bagi dewaso.

Selain menghantar masyarakat kampong ke bandar.
Jeman jugak bawak budak sekolah antar ke sekolah-sekolah sekitar bandar.
Jarak sekitar 5 - 10km dan terdapat beberapo buah sekolah.

Dolu. Ese salah sorang penumpang van buruk merah milik Jeman ni.
Samado ke sekolah mahupun nak poie bandar.
Jeman. Rumahnyo terlotak boto-boto dokek dopan umah ese.
Jadi setiap pagi, ese lah orang terawal naik van untuk ke sekolah.
Dapek lah duduk dokek seat dopan.
Semuo pakat nak berobut duduk seat dopan.
Sobab seleso dan tak perlu tersumbat macam sardin.

Ponah sekali. Pintu tongah van buruk merah tu jatuh terseret di jalan.
Abih satu van golak berdekah. Garo-garo sifat kedekut Jeman yang takmau baiki.
Sentiaso katonyo masih elok. Nak tunggu van tu roboh barangkali baru nak baiki.
Sudahnyo, budak duo tigo orang dok tepi pintu tu tolong pegang kuat-kuat.
Nasiblah maso tu waktu mau pulang dari sekolah.
Kerano sifat kedekut Jeman jugaklah, sampaikan seat dah tinggal besi pun tak dibaiki.
Sampai lenguh dan sakit bontot duduk kat atas bosi seat.

Bayaran dikiro bulanan. Jugak mengikut jarak dari rumah ke sekolah.
Kalau ese, maso ese sekolah rondah. Bayaran sekitar RM15 sebulan.
Tetapi bilo dah sekolah menongah. Arwah ayah dah belikan sebijik motor Honda kat ese.
Jadi dah tak naik van buruk merah tu laie.

Berkat kojo Jeman yang sungguh-sungguh.
Dan atas sifat kedekut Jeman.
Dio dah dapek simpan duit banyak-banyak.
Dan dapeklah dio beli sebuah van yang lebih elok.
Van Delica yang lobih bosar sikit ruangnyo.
Dongan van tu, makin ramai lah boleh di-sardin-kan.

Rezeki Jeman makin bertambah dari hari ke hari.
Berkat kesabaran Jeman dan ketabahan dia.
Walaupun sedikit kedokut.
Tetapi akhirnyo beliau dapat membeli sebuah bas sekolah.
Dan sudah berdaftar dongan JPJ bagi permit membawo budak sekolah.

Pado awalnyo Jeman masih membawo prebet sapu dongan van Delica.
Sesudah menghantar budak sekolah pada waktu pagi.
Tetapi lama-kelamaan, waktu dah tak sompek laie.
Kerano waktu persekolahan pun dah makin berubah.
Ada yang kelas tambahan dan ko-kokurikulum dan sebagainyo.

Akhirnyo Jeman menjual Van Delica dan tidak lagi membawo prebet sapu.
Dio cumo fokus membawo bas sekolah yo sekarang.
Hasil jualan Van Delica itu, Jeman beli sebuah kereto untuk kegunaan peribadi.

Hidup Jeman sekarang tidak seperti dulu lagi.
Dio dah sonang.
Sekarang dah berkahwin
Punyai 3 orang anak.
Tetapi hakikatnyo, Jeman masih jugak kedokut seperti dolu yo.
Kalau mau beli gulo-gulo dokek anak-anak dia.
Dio akan beli 2o sen dan dapat 4 bijik.
1 bijik setiap orang dan sebijik lagi untuk dia.

Begitulah serbo sedikit kisah Jeman, si prebet sapu.

21.10.08

Pak Su Bisu

Pak Su Bisu.
Insan Oku yang sampai sekarang ese tak ponah ambil tau namo sebonar.
Kahwin dongan Mak Su Bisu yang juga Oku dan ado 3 orang anak.
Tinggal dua kali laung dari umah ese.

Tangkas sekali manjat pokok kelapo.
Tanpo ado sebarang bantuan.
Dongan berbokalkan sebilah kapak tajam terselit di pinggang.

Sampai dokek atas. Beliau cantas satu persatu pelopah.
Hinggo abeh semua pelopah termasuk buahnyo sekali.
Togel pokok kelapo tinggal batangnyo yo.

Beliau turun ke bawah.
Minum air seteguk.
Naik semula dongan hujung tali sebosar tigo batang jari tu.
Di ikat dokek hujung batang nun di atas sano.

Beliau turun semula.
Duo tigo orang kat bawah bersedio menarik tali tegang-tegang.
Lalu beliau capai kapak tajam.
Sedia... tarikkkk.

Kapak di hayun di pangkal batang kelapo.
Tak sampai 10 minit, batang kelapo togel dah tumbang.
Dongan kapak itu jugak lah.
Batang kelapo tu di potong pendek-pendek agar senang nak di buang.

Itu dolu-doluan lah.
Zaman ese sekolah rondah.

Sekarang Pak Su Bisu dah punyai Chainsaw.
Dah sonang kojo beliau nak motong batang kelapo.
Tapi tang pelopah dokek atas.
Memang masih menggunokan kapak nan tajam tu.
Masih mengokalkan tradisi memanjat dan mencantas.

Itulah insan Oku yang banyak berjaso dokek wargo kampong ese.

20.10.08

Pengasih

Tok Wan Kadir.
Bomoh terkonal dokek kampong ese.
Jarak rumah cumo sepelaung.
Rumah beliau tompek ese main-main zaman kocik dolu.
Bersamo anak beliau.

Dolu. Maso ese sekolah rondah.
Sambil lepak sambil ese tengok orang datang berubat.
Yang datang bukan orang kampong ese.
Tapi semuo dari luar. Malah ado dari KL mahupun Kodah.
Oh ya. Tok Wan Kadir asal usulnyo dari Kodah.

Kato beliau.

"Kalau nak minyak pengasih, Tok Wan boleh bagi."
"Tapi kono tunggu dah bosar nanti lah. Bilo dah ready nak kawin."
"Minyak pengasih ni tak bulih buat main-main."
"Kalau boto-boto nak kawin dongan orang tu baru gunokan."
"Kalau nak main-main, buruk padahnyo."

Tok Wan Kadir berseloroh dongan ese.
Sambil tunjuk satu botol kocik yo. Mengandungi cecair berwarno kuning.
Terdapat semacam akar kocik di dalam botol tersebut.
Wangi baunyo. Macam minyak atar lobih kurang.
Ontah-ontah digunokan minyak atar untuk buek minyak pengasih.
Itu ese tak tanyo dan tak selidik.

Sapo-sapo yang sentiaso rindu dokek ese tu.
Adakah kalian dah kono minyak pengasih ese?

19.10.08

Hamun

"Yang ekau sibok nak tolong aku kenapa?"

"Aku tak mintak ekau tolong aku pun, menyusahkan jer"

"Sial lah ekau ni. Buat apa ekau nak tolong aku?"

"Ekau boleh tak jangan ganggu aku. Biarlah aku derita pun."

"Biar aku settlekan sendiri. Kau pergi jahanam lah"

Nah. Ponah tak ekorang dimaki hamun.
Dan dipersalahkan kerano kalian cubo menolong orang itu?

Contohnyo kalau ekorang menyaksikan kes ragut didopan mato.
Seorang perempuan jatuh tersungkur dijalanan.
Lalu kalian hulur tangan membantu.
Tetapi alih-alih, kalian dimaki hamun.

"Eh, yang ekau sibuk nak tolong angkat aku kenapa?"
"Kenapa tak kejar peragut tu hah? Bodoh!. "

Apo perasaan ekorang kalau dimaki hamun sedemikian.
Tatkalo niat ekorang yang ingin membantu.

Setongah orang yang bengang akan melopehkan semula tangan.
Membiarkan perempuan itu jatuh tersungkur kembali.
Dan blah macam tu yo. Membiarkan dio dongan keegoannyo.
Tapi ado setongah orang yang sabar.
Akan terus membantu.
Dan cubo mewujudkan keharmonian, kecintaan dan kedamaian hidup.

17.10.08

Penafian

Ado orang terkadang silap paham dongan entri-entri blog ini.
Biar ese buek penjolasan agar kekeliruan itu terungkai.

Blog 1001 MaLaM ini BUKAN 'diari harian' sang kepunden yang suko skodeng.
Tetapi ianyo himpunan, bingkisan, kesimpulan, huraian mahupun repekkan
yang berlaku sepanjang kehidupan sang kepunden saat beliau sodang skodeng.

Ado yang kadang terperasan sendirian.
Ado yang terkadang itu bertanyo soalan pelik-pelik.
Yang buek ese susah nak jawab.
Kerano mungkin bagi mereko, blog adalah 'diari harian'?
Tapi tidak bagi ese.

Terkadang entri yang langsung takdo kono ngono ngan ese pun ese tulih.
Terpulang pado yang sudi bertandang nak menilainyo camano.
Tetapi penafian ini dibuat agar kalian boleh faham dulu sebelum memikirkan bukan-bukan.
Melalui teropong ajaib yang panjang itu.
Sang kepunden akan skodeng apo sajo.
Dan jiko menarik, beliau akan coretkan di blog ini.

15.10.08

Yasmin




Ini budak banyak ganas.
Kadang kalau bergurau dongan dio.
Abih lah ekau kono tumbuk.
Badan dio, bulat montel.
Petah berkato-kato.

Tapi kalau time bermanjo.
Memang manjo abih.
Kadang tu senyuman dio.
Buek ese sentiaso rindu.

14.10.08

Gangguan

Sojak duo monjak ni.
Gangguan makhluk dalam tidur ese.
Buat ese rimas nak tidor.

Makhluk Tuhan itu bukan buruk ruponyo.
Cantik. Ngalahkan Maya Karin.
Sobab cantik lah mako mengganggu tidor ese.
Kalau buruk macam langsuir.
Ese dah tak heran sangat.

Tiap kali ese tidur. Makhluk tu hadir.
Ese terjago. Ese tengok jam dokek henpon.
Pukol 3 pagi. Pukol 4 pagi.
Ese ketet-ketet. SMS.
Ese tidur semula.

Begitulah berulang.
Rimas. Buat badan ese lesu.
Tak cukup rehat.
Maksud ese.
Otak ese tak cukup rehat.

13.10.08

Gaduh

Ponah tak ekorang bergaduh?
Bergaduh yang sampai bertumbuk.
Bukan gaduh mulut maki hamun tu.
Ni gaduh siap pakai helmet, kayu, parang.

Dolu. Zaman mudo-mudo dolu.
Bergaduh tu ibarat mainan.
Kalau tak bertumbuk. Tak macho lah.

Ese masih ingat laie.
Maso menongah rondah.
Bertumbuk ramai-ramai dongan budak cino.
Takat kaki kerusi singgah dokek belakang tu normal.

Dan yang sadis, cino tu dah kono bedal dek member ese dokek kepalo.
Hampir jadi kes polis. Sobab dapat dikosan pihak sekolah.
Maso tu kiro gentleman lah kononnyo.
Kalau gaduh, takkan libatkan pihak polis.
Lepas puak mano mengalah, kiro setel.
Kalau nak panggil geng pun.
Alih-alih samo-samo panggil geng masing-masing.
Jumpo kepalo samo kepalo geng, ruponyo konal.
Dan settle camtu yo.
Dorang bleh cakap. Budak-budak punyo hal yo.
Tak perlu panjang-panjangkan.
Hahahaha.

Zaman menongah atas.
Dah takdo geng. Sekolah dokek tompek orang.
Dan nak taknak.
Kono lah menikus yo.
Ese ponah di pukul seramai 15 orang budak nakal.
Geng-geng yang ese ado bukan geng kaki gaduh.
Jadi terpakso hadapi bondo ni sorang-sorang yo.
Nak melawan camno kalau dah 15 lawan 1.
Hampir koma dan berlaku pendarahan di dalam mato ese.
Lunyai badan.

Tidak lamo beberapo bulan selopeh itu.
Kepalo geng tu meninggal.
Eksiden langgar tiang letrik dongan motor curik.
Lopeh dari kes tu, dorang dah makin slow mengganas dokek sekolah.

Walau apo pun. Itu semuo asam garam maso zaman sekolah.
Ese dah maafkan semuo mereko tu. Zaman nakal lah katokan.
Sekurangnyo mereko memberikan ese pengalaman.
Walaupun pengalaman pahit.

Sekarang. Bilo usio dah meningkat.
Semuo tu ese terkonang buat ese tersonyum sendirian yo.
Apatah laie bilo ado orang cakap kat dopan ese, dio memang kaki terajang orang.
Sungguh-sungguh nak tunjukkan diri dio itu samseng dan hero. Kononnyo lah.
Buat ese tergolak dalam hati.

Ese bilang.
"Dah lamo GUA tinggalkan zaman itu beb".

12.10.08

Kebenaran

Kalau takut menyatokan kebonaran.
Kalian akan hanyut dalam dilema.
Ibarat lombu dicucuk hidungnyo.
Ditarik sesuko hati oleh tuan empunyo.

Kalau kalian bukan lombu.
Kenapo harus bersikap macam lombu?
Kalian punyo hak untuk bersuaro.
Kalian punyo hak tentukan haluan kalian.

Ayuh. Bangkit.
Dan kalian akan beroleh kemonangan.
Percayolah. Kalian belum cubo.
Dan selagi kalian tidak cubo.
Kalian tidak akan tahu.
Jangan takut.

Dejavu.

Doluan seperti ini juo.
Macam orang bodoh.
Cuma dolu laie bodoh.
Tapi sekarang, kebodohan itu ese tinggalkan jauh kebelakang.

Hari ini. Ese senyum.
Kerano melihat orang bodoh didopan ese.
Menyarong topeng laksano malaikat bersayap labuh.
Mengajar ese tontang erti kesilapan.
Walaupun diri sendiri pun seperti bangkai. Busuk.
Menganggap ese ini seperti kanak-kanak.
Namun ese ambil dan simpan.
Sebagai tando menghormati.

Dan. Ese mengalah.
Bukan bermakno ese kalah.
Dalam hati.
Ese bersorak riang.
Kerano kemonangan ese.
Menterjemahkan yang tersirat.
Walaupun darah sedikit menyirat.

Sapo yang tahu?
Ese dan kamu.
Ya. Kamu lah. Sapo laie?
Mampukah kamu menyuratkannyo?

8.10.08

Pemandu Bodoh

Ese cukup bengang.
Kalau time mandu, ado pemandu bodoh kat jalan ghayo.
Nak-nak lagi yang jenih bodoh sombong.
Jenih yang ghaso kereto dorang dah mewah, suko ati mak bapak dorang yo.
Dorang ingat dorang yo yang bayar road tax.
Ni ese nok tunjukkan kat ekorang ado orang bodoh bawak kenderaan kat jalan ghayo.
Menyusahkan orang ramai.
Kereto biru adalah pesalah. Kereto itam adalah orang ramai.
Yang merah? Jaisi lor...



Ni jenih suko ati dio yo nak belok bilo-bilo.
Nampak simpang baru nak belok.
Tak tengok langsung cermin pandang belakang.
Tak bagi signal langsung. Kalu bagi signal pun, maso dah nak membelok.
Last-last orang belakang menyasar nak kono brek mengejut.
Bodoh.



Yang ni pulak time orang dok jammed.
Time tu jugak lah dio nak cucuk-cucuk belakang orang.
Dah tak kiro dah garisan kuning.
Last-last sangkut atas garisan kuning.
Tak lopeh nak mencucuk.
Menyusahkan orang nak masuk simpang.
Bodoh.



Yang ni lagi bodoh piang.
Orang dok beratur ikut barisan.
Suko ati mak bapak dio yo nak potong.
Dio ingat dio sorang nak copek?
Bodoh.



Ni biaso berlaku kalau kereto mewah.
Diorang ingat kereto dorang mahal, dorang bleh dok lorong kanan.
Pastu naik kereto macam nak gi makan angin potang-potang yo.
Dah jalan tu boleh pecut sampai 80km/j.
Yang ekorang poie naik 60km/j dan dok lorong kanan watpe?
Bodoh??

6.10.08

Lukisan

Ini hasil kojo Alyssa.
Amcam?
Cantik tak?
Teringat maso ese kocik dolu.
Camni lah jugak lukisan ese.


4.10.08

Janji

"Kalau awak orang jahat, sila beri balik henfon itu.
Saya akan bagi awak duit.
Saya berjanji. "

Abang ese golak sakan. Dio baco kuat-kuat sms tu.
Lopeh tu sedaro maro pakat baco. Termasuk ese.
Pun turut samo tergolak sakan.

Sms tu dibaco dalam handphone nenek si penghantar Sms.

Undur maso dalam 8 jam sebelum Sms dibaco.

"Eh, mano henfon mamatok? Wanie carik tak jupo dari tadi laie"
getus anok sedaro ese yang umur 8 tahun itu dongan muko kehairan.

Lalu si Wanie ambil handphone akaknyo, Izlyn.
Dan cubo buat call kepado handphone neneknyo.
Tapi takdo kedongaran bunyi sekitar dalam rumah.

Si Wanie panik.
Beliau sangko handphone neneknyo dah hilang kono curik.
Maklum lah rumah neneknyo sodang sibuk dongan kenduri menyambut mama barunyo.

Lalu Wanie dongan bijak pandainyo.
Hantar SMS kepado handphone neneknyo yang disangko berado di tangan pencuri.
Sms yang dihantar masih tidak dibaco dalam handphone neneknyo.
Sehinggolah majlis selosai.

Waktu malam sesudah keadaan tonang.
Handphone itu sebonarnyo disimpan neneknyo di dalam bilik.
Handphone itu di bawak nenek si Wanie dan dilotak di atas mejo makan.
Selopeh berbual di talian dongan pemanggil limo minit lopeh.
Dan dicapai oleh papa si Wanie sambil-sambil berborak sesamo keluargo.
Mako terbacolah sms melucukan itu.

Ghayo ketigo, abang ese kawin laie.
Buat kali keduo dalam idup dio.
Abang ese ni dudo anak ompek.
Hasil dari perkahwinan lalu.

Umur pun dah lewat 30an dah.
Ese dapek kakok ipar mudo laie.
Baru umor 21 tahun yo.
Samo bayo dongan adik ese yang bongsu.
Kakak ipar baru ni lawa pulak tu.
Secocok ngan ese yo.

Ese macam biaso lah.
Kalau ado kenduri kendaro dokek kampong.
Ese lah tukang ambik gambar.
Orang kampong pun dah tau ese ni kojo jurugambar.
Tapi yang tak tahan kono perli yo dongan sedaro maro.

“Gamba ni bilo siap? Tahun dopan kor?”

Maklum lah. Ese kalau yo ambik gambar ghayo kor, gambar sedaro kor.
Memang lambek bonar nak siap.
Dok sibuk siapkan gambar client lain dolu.

Meriah tak meriah mano lah kenduri abang ese.
Maklum lah majlis kecilan yo.
Tapi sedaro yang turut serto berarak sikit punyo ramai.
Ado lah dokek 80 orang gitu ghasonyo aih.
Dalam 15 buah kereto ado lah yang poie.
Kebotulan lah kan time ghayo cam gini.
Ramai bonar sedaro yang ado.

Rutin menyambut Aidilfitri.
Sojak dari ese mulo konal dunio, memang dokek kampong ni yo ese beghayo.
Bangun pagi-pagi bersiap pakai ensem-ensem. Dari dolu laie.
Sebolom poie mano-mano, mintak ampun dokek mama dongan ayah.

Lopeh tu poie masjid dokek yo dongan umah.
Dokek masjid lopeh semayang ghayo biaso ado juadah.
Jamah sikit sambil borak dongan orang kampong.
Dah lamo tak jupo la katakan.
Ado yang merantau macam ese ni sekali sekalo yo dapek jupo.

Dari masjid tu terus yo poie umah nenek. Dokek yo dongan umah ese.
Berkumpul sedaro maro dokek situ.
Dokek situ lah bermaafan seluruh ahli keluargo.
Makan-makan dolu dan bergambar suko-suko.
Dokek situ jugaklah kalu dolu zaman ese kocik.
Paling best saat menunggu duit ghayo.
Beratur ramai-ramai nak dapekkan duit ghayo dari atok.

Tahun ini, sojak ese bekojo ni.
Dan anok sedaro pun dah ramai.
Jadi ese pulak lah yang kono boie dorang duit ghayo.
Suko bebonar dorang dapek sampul ghayo.
Lopeh dah makan, duit ghayo dah boie.
Dah abis bermaafan. Kitorang ramai-ramai akan bergorak poie beghayo.

Destinasi pertamo umah atok sedaro bolah nenek.
Atok sedaro dah takdo. Yang ado sedaro maro yo.
Dokek situ ado banyak rumah sedaro maro.
Tak jauh pun dari umah nenek ese tadi.
Satu kampong yo semuo sedaro maro ese.
Dokek situ jugak lah umah bos ese.
Dari satu rumah ke satu rumah dah biaso poie beghayo.

Dah habis dokek satu kelompok sedaro maro.
Kitorang akan bergorak ke kelompok sedaro yang lain.
Kali ni ke umah atok sedaro bolah atok pulak.
Yang ni dokek kampong sebolah yo.

Dah habis beghayo umah sedaro.
Waktu pulang duduk umah menyambut tamu.
Sampailah ke potang melayan tamu datang.

Ghayo keduo pulak rutin seperti biaso.
Pagi-pagi poie ke kubur. Memang sedaro maro ese pakat poie pado ghayo keduo.
Menziarahi kubur arwah ayah, atok bolah ayah dan sedaro maro.
Moyang ese pun dokek kubur yang samo.
Biasonyo atok lah yang mengepalai tahlil dokek kubur.

Dan hari-hari lain biasonyo ese akan duduk umah melayan tamu.

Related Posts with Thumbnails