23.8.08

Ego

Dolu-dolu.
Orang kato ese ego.
Ese mendengus.
Mano ese nak sodar ese ni ego.

Sampai satu maso.
Bilo ese dah terkono dan sodar.
Baru ese sosal dongan keegoan yang ado.
Banyak kerugian yang ese alami.
Baik dari segi sosial mahupun hubungan domestik.

Orang kato.
Kito harus melihat diri kito melalui orang lain.
Ado orang menyangkal.
Ado orang yang menyokong.

Dan bagi ese, ado bonar dan ado jugak tidak.
Bukan untuk kesemuo sudut kito melihat diri.
Dari kacomato orang lain.
Terutamo dari sudut perasaan mahupun hati.
Itu kito sendiri yo yang boleh fahami.
Tapi kalau dari tingkah laku, itu ese percayo.

Zaman ese ego.
Perkataan Maaf memang sukar ese lafazkan.
Apatah laie nak memahami perasaan orang lain.
Itulah tando orang yang ego.

Tapi sekarang, zaman itu sudah ese tinggalkan.
Bilo usio sudah meningkat.
Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

2 comment:

filanastasia said...

mr ayares : alhamdulillah.. sama-sama la kita berubah ke arah kebaikan... semoga hidup lebih dirahmati.. aminn...

shinO サイフル said...

hehe.. ingat entri pasal motosikal EGO YAMAHA tu..kalau murah2 nak jgak beli sebuah. Kawe rse kto patut ego dlm sesuatu benda. Sbb kalau kadangkala ego ni peting untuk menjaga maruah diri. :) kawe rse demo ok doh stakat nih..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails