17.8.08

Sungai

Sungai dokek belakang umah.
Tidaklah dokek. Tidaklah jauh.
Kono rodah bondang padi sepelaung.
Dan sebuah kobun gotah.
Baru sampai dokek sungai.

Maso kecik dolu.
Lopeh balik sekolah.
Pakai seluar pendek poket duo.
Buek isi batu kerikil.
Guno untuk lastik burung dokek kobun gotah.

Lopeh ponek melastik.
Bukak baju. Bukak seluar.
Bogel. Terjun dalam sungai.
Acaro terjun tiruk beramai-ramai.

Bilo ado awek kampong sebolah lalu.
Kitorang pakat menyelam.
Sembunyi colah kayu.
Malu kononnyo.
Sobab bogel nampak burung punai.
Dongan bontot itam.

Dah nak sonjo. Baru teringat nak balik.
Takut kono tarik kaki dek antu air.

Zaman kecik-kecik dulu. Cukup nostalgis.

1 comment:

shinO サイフル said...

haha~
mandi sungai la pulok..
aii duk main teringat kampung sokmo.
:P

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails