Mengomeh rumah dokek kampong.
Sapu habuk dokek atas rak tv.
Humang aih, ponuh habok melokat dokek perhiasan.
Kendian komeh lemari buku lamo.
Dah berhabuk dokek dalam lemari tuh.
Sekali terjupo buku laporan maso sekolah rondah.
Warno merah jambu. Belek tengok.
Buku laporan cumo tercatit bermulo dari darjah ompek.
Bilo diteliti. Ese lomah bonar dongan Bahasa Inggeris.
Cikgu Lim Ai Mey mengajar maso darjah limo.
Dan cikgu Noraini Osman pulak ngajar maso darjah enam.
Ese pun dah lupo camno rupo cikgu ese ni.
Antaro cikgu yang masih lokat wajah mereko diingatan ese.
Cikgu Rozaini, Ustaz Baharudin, Cikgu Kamariah, Cikgu Arifin, Cikgu Wahab.
Dan cikgu yang paling kitorang gerun ialah Ustaz Baharudin.
Sobab dolu-dolu cikgu bulih bagi hukuman berat-berat dokek murid.
Kalu buat bising atau buat silap, Ustaz Baharudin amik buku teks tobal.
Hayun buku kat atas kepalo. Boleh biol sekojap kitorang dibueknyo.
Dan beliau suko rotan dongan pembaris kayu panjang dokek bontot.
Humang aih, boleh melompek kitorang sekali kono hayun.
Zaman sekarang. Cikgu dah tak boleh hukum murid.
Kalu jentik telingo pun boleh diheret ke mahkamah.
Sobab tu lah budak zaman sekarang dah tak endah.
Kalau cikgu marah dokek dopan maso mengajar.
Murid kat belakang boleh buat dek yo.
Sobab budak-budak dah tau yang cikgu tak boleh rotan atau pukol dorang.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 comment:
Post a Comment