Jam 6.30am ese terjago. Alamak, dah terlewat.
Poie amik sorang staf dokek opis, dan sekitar jam 7am baru bertolak.
Keluar ajo dari Tol Skudai, ese dah start rempit.
Tekan pedal sampai rapat dan dah tak boleh tekan dah.
Separuh jalan dokek exit Segamat, jam 7.30am.
Ese tanyo dokek staf dokek sebolah.
"Agak-agak sompek tak ni?" ese macam dah taknak teruskan dah.
"Sempat kot. Kalau masuk Melaka kol 8am, mesti sempat."
Sempadan Johor-Melaka dokek area Tangkak, tepat-tepat jam 8am.
Ese pun yakin memang boleh sompek sampai.
Ese pecut laie tanpo brek. Lampu di pasang dan sentiaso kat lorong kanan.
Sekali sekalo ado BMW cubo nak cucuk bontot Jaisi.
Ya, ese tahu kalian pakai kereto mahal. Mewah.
Boleh pecut lagi laju dari Jaisi. Jadi ese mengelak ke lorong kiri bagi laluan.
Alamak, minyak pulak nak abis.
Beronti dokek R&R di Seromban.
Isi sampai ponuh. Dan beli seketul roti buat sarapan.
Ese teruskan laie perjalanan. Jam menunjukkan pukul 8.30am.
Owh, masih banyak maso laie.
Jadi ese kurangkan kelajuan ke kadar 150kmj ajo.
Sebab jarak perjalanan udah dokek.
Ese exit Bandar Sri Putra sekitar jam 8.50am.
Dan ngam-ngam masuk ke kawasan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
tepat pada jam 9am.
Ese buat kerja gilo. 2 jam drive dari Skudai - Bandar Sri Putra.
Yang mano sebolom ini ese nak buat tapi tak dapek buat sebab sering berhenti di R&R.
Ese bayangkan. Kalau ese ni drive BMW kor, confirm ese nak buat 1 jam yo.
Maklum la, Jaisi tu. Kalau pecut 170km/j pun, dah bergogar seluruh badan.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
4 comment:
laaa..rasanya kita bertembung di highway kot!
Jangan ekau selalu buek kejo gilo..
Ekau nya jaisi...Jaisi tu apo?
jaisi tu kekasih ati yang menemani sepanjang hari...yg ku bawa pulang ke rumah.,ku belai dan ku gosok bontotnya..
uish hebat hebat... mmg terrer seb baek.. kete katak bulat aku tak leh buat.. kalau idak.. nak gak mencubanya.. hehehehe
len kali kalo outstation nak ikut lg tau..kita wat rekod sejam setengah lak gi KL..hahaha..kita race ngn dak perkida lg..aritu x kena speed trap kan?
Post a Comment