24.8.08

Jambu Merah

Kawan ese. Baik sungguh hatinyo.
Kawan ese. Mau pergi bercuti.
Bersamo keluargo beliau.
Maso cuti sekolah itu hari.
Ke Lumut, Perak.

Dalam perjalanan. Sompek laie beliau sms ese.

"Ayares, kitorang on the way nak poie Lumut. Ado mengidam apo-apo tak?"

Ese yang serbo salah. Taknak menyusahkan beliau sebonarnyo aih.
Tapi lantaran beliau susah payah ingat kat ese.
Apotah laie ese pun taknak lah menghampokan beliau.

"Emm, tak mengidam apobondo. Tapi kalu lalu kot Tapah, singgah lah boli jambu merah"

"Kitorang tak lalu Tapah masa pergi, tengok balik nanti kalau lalu, kitorang belikan"

Selang duo tigo hari selopeh tu, hari Ahad beliau dah pulang ke tanah selatan.
Dan sms di terimo laie.

"ayares, ada kat mana? nak bagi camne jambu ni? nanti lomau pulak"

"Ese ado job di Pontian ni, nanti pulang ese ambil dongan bro"

Dan akhirnyo jambu merah bertukar tangan.
Buah tangan dari seorang sahabat.
Yang bagi ese. Sunggoh baik hati budinyo.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails