16.8.08

Buah

Waktu kocik-kocik dolu.
Jahat sungguh.
Ado kobun dokek belakang umah.
Milik jiran sekampong.
Sebolah bendang padi. Sebolah kobun gotah.
Dalam kobun tu banyak pokok rambutan.
Macam-macam jenis.

Segerombolan budak nakal dan jahat.
Lompat pagar kawat duri.
Dan panjat pokok rambutan yang berbuah lobek.
Ado merah. Ado kuning.

Baju siap-siap masuk dalam seluar.
Nampak macam skema.
Rupo-rupo nak sumbat rambutan dalam baju.
Maso panjat pokok. Boleh bawak turun banyak-banyak.

Lopeh dah turun. Lepak dokek tepi bendang.
Ado wakaf. Nyaman.
Sambil main daun terup.
Sambil melantak buah rambutan curi.

Tuan kobun dah meninggal. Tak sompek nak poie mintak halal.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails