Selesai sudah. Ponat bangat.
Itu yo yang ese bulih katokan setakat ini.
Seawal 9am ese sudah bersiap sedio dan berbincang dongan team official photographer.
Selaku Official Photographer bagi pihak Ekin, pihak Capturepixs dan Artcreative
dibonarkan mengambil gambar ketiko persiapan di Sofitel Palm Resort Hotel.
Dan tidak banyak yang dapat di shoot kerano menghormati hak ekslusif pihak Maestro.
Hanyo beberapo pihak yo yang dibonarkan untuk membuat fully coverage
seperti pihak Astro sendiri dan pihak Karangkraf serto Murai.com.my.
Mawi & Ekin menaiki helikopter tajaan Pak Leh, selaku kawan baik Mawi
dan sanak saudara Ekin pulak berarak dari Impian Emas diiringi konvoi
motorsikal berkuaso bosar serto beberapo kereto klasik.
Helikopter mendarat di padang sekolah rendah Felda Taib Andak sekitar jam 1.30pm
setolah beberapo kali berlegar di ruang udaro Taib Andak.
Kelihatan Mawi melambai tangan kepado peminat yang hadir tetapi tidak dapat
dilihat dongan mato kasar kerano ketinggian helikopter pada aras 5000 kaki.
Hanyo lensa zooming yo yang dapek melihat lambaian Mawi.
Kemudian tepat jam 2.30pm, Mawi & Ekin diarak menaiki kereto mewah
yang jugo tajaan Pak Leh dan menuju ke dewan serbaguno Felda Taib Andak.
Peminat mulo bersosak-sosak untuk mengambil gambar Mawi & Ekin.
Termasuk lah rakan media semuo untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Nasib bek ado brother badan tough yang kawal kesosakan.
Tapi biaso lah, bertolak-tolak jugak lah. Asalkan dapek hasil yang memuaskan.
Pengantin di jamu mato dongan tarian Barongan, berasal dari kepulauan Jawo.
Selamo 15 minit tarian dan pengantin mulo masuk ke dewan untuk ke pelamin.
Pelamin yang dihias indah berkonsepkan Bali dan Jawa Kontemporari penuh
dongan bungo sogar serto hiasan dari kayu jati.
Tidak lupo. Pengacaro majlis jemputan adalah Bro Kuman dan Yasin.
Pengantin dijemput makan damai. Hiasan mejo makan damai tolah disiapkan oleh
Adli Bridal selaku sponsor utamo decoration di dalam ruangan dewan.
Dan pengantin seterusnyo ke acaro pemotongan pulut kuning setinggi 4 tingkat.
Sekali lagi rakan media bersosak bagi mendapatkan angle terbaik.
Pado rakan media yang membaco blog ese ( kalau ado lah ),
sorry kalau ado yang terhantuk lens,tertolak kamera ekorang, terhadang angle dan
tersiku perut ekorang.
Majlis selosai sekitar jam 4.30pm. Pengantin berarak keluar dewan untuk bertemu
dongan peminat-peminat dari Mawi-FC.
Fuh. Barulah dapek duduk dan minum.
Selesai sudah. Ponat bangat.
Itu yo yang ese bulih katokan setakat ini.
Gambar sisipan. Ini yo yang bulih dilotak dolu setakat ini. Ding dong.
Technorati Tags:
Gambar Mawi, Perkahwinan Mawi, Mawi & Ekin, Foto Mawi, Mawi Photo, Wedding Mawi, Gambar Ekin, Pernikahan Mawi, Gambar Kahwin Mawi & Ekin, Jawa Kontemporari, Adli Bridal, Konsert Gempak Rewang, Felda Taib Andak, Along Raja Lawak, Mawi Raja SMS
Tahniah buat wargo kojo Celcom.
Kalian memang hebat.
Tapi taktau lah samado sememangnyo begitu.
Atau.
Selopeh yo ese antar report melalui website dan email.
Dan buat sedikit mainan psikologi.
Membuatkan mereko terlobih-lobih caring dokek ese.
Kerano tidak tahan menunggu dari bahagian Teknikal di KL.
Ese melangkah kaki menuju Celcom-JB Branch.
Dan menunggu selamo 15 minit untuk panggilan nombor giliran.
Nasib baik dokek situ ado disediokan 2 unit pc ber-internet.
Sambil menunggu, sompek la jugak ese check email.
Rupo-ruponyo bahagian Teknikal di KL dah solve masalah ini.
Dan kini. Call Waiting dokek handphone ese dah boleh berfungsi.
Bahagian Celcom Careline sekali lagi hubungi untuk mengesahkan status.
Serta satu sms dihantar mengandungi kod laporan yang tolah berjayo diselosaikan.
Ros dan Andi yang ese konal semaso majlis dokek rumah
Roslina dan Rosli di Perling tempohari.
Sebelum ini apo yang ese kato.
PR itu ponting semaso menjalankan tugas di majlis perkahwinan.
Dari PR kalian lah, mako kalian akan kenal ramai prospek
dan seterusnyo bakal menjadi client kalian pado maso mendatang.
Jangan sesekali kalian lupo untuk membawo business card
kalian ketiko menjalankan tugas.
Tetapi harus diingat jugak.
Kalau tugasan itu adalah tugasan dari rakan-rakan photographer
yang melantik kalian sebagai official photographer pado majlis tersebut.
Mako jangan pulak kalian hulurkan business card kalian.
Etika sebagai professional photographer haruslah kalian jaga.
Ponah jugak ese lihat ado beberapo photographer yang tidak sodar akan etika ini.
Atau sememangnyo sengajo menangguk di air keruh.
Tapi pado ese, rezeki itu totap tolah ditontukan oleh-NYA.
Sekironyo kalian jujur, sesungguhnyo pintu rezeki itu akan terbuko.
Namun sekironyo apo yang kalian buat itu menyalahi etika atau berniat tidak baik,
dan sesungguhnyo DIA, Maha Mengetahui dan DIA lah yang memberikan rezeki.
Ado kawan ese ponah bagitau. Rezeki itu tidak datang bergolek.
Kono usoho untuk mencari rezeki.
Dan itu bonar samo sekali.
Namun setiap orang, usaho yang mereko lakukan adalah berbezo-bezo.
Setiap orang punyo strategi yang berbezo mengikut kesesuaian diri.
Ado yang main rodah. Ado yang selidik dulu. Dan ado yang jenis tak kisah.
Dan pelaksanaan strategi dalam business adalah mengikut ilmu masing-masing.
Yang penting, adalah sejauh mano keberkesanan dan keuntungan dari strategi tersebut.
Tadi. Ketiko ese sodang merodah jammed di tongah kota.
Dapat panggilan dari Celcom.
Seorang wanita bercakap di seborang sano.
"Encik, adakah masalah Call Waiting encik dah ok".
-"masih samo jer. still tak bulih"
"Encik dah check samada activated atau tidak kat handphone encik."
-"dah. dari haritu lagi saya dah check. Still panggilan tak dapat masuk bila saya on call."
"Ok. Nanti saya laporkan lagi kepado bahagian teknikal untuk mereko siasat."
-"erm..ok. Terima kasih."
Ese dah malas sebonarnyo nak melayan panggilan dari Celcom Careline ni.
Walaupun tampak macam caring tetapi masalah sekecil itu pun dorang tak boleh nak solve.
Belum laie masalah tontang broadband Celcom yang kadang slow kadang laju tu.
Sonang cerito. Servis dorang masih tidak konsisten.
Terdetik jugak ghaso kosal kerano bertukar ke Celcom.
Ese sajo yo dolu nak cubo meghaso balik pakai Celcom walaupun dah lamo
menjadi pengguno Maxis. Nak tengok samado Celcom ado improvement atau tak.
Tapi nampak gayo, macam takdo apo-apo peningkatan pun dari zaman ese belaja dolu.
Di atas adalah tugasan dari Fotokahwin pada bulan lalu.
Ese cover sorang dan sememangnyo untuk majlis
satu hari dan diadokan dokek rumah, memang team Capturepixs
hanyo turun seorang yo untuk cover.
Melainkan tugasan di dewan besar ataupun ballroom yang
akan memerlukan duo photographer minima.
Dan sudah semestinyo pakej yang berlainan.
Selaku wedding photographer, apo yang kalian dapek bilo
laksanokan tugasan selain daripado bayaran servis?
Salah satu yang ese boleh katokan adalah 'hubungan silaturrahim'.
Jiko kalian seorang yang professional dan menitikberatkan PR
dalam tugasan yang kalian laksanokan, tidak mustahil kalian disenangi oleh
ahli keluargo pengantin malah jugak tetamu-tetamu yang hadir.
Senyuman itu jangan lekang dari bibir kalian. Berikan senyuman seikhlas
mungkin walaupun kalian keponatan seharian menjalankan tugasan.
Jangan mengelak jiko ado tetamu yang mintak untuk tangkap gambar dorang.
Dan mainkanlah peranan korang bukan ajo sebagai photographer,
tetapi harus jugak merangkap menjadi marketer.
Sekurangnyo kalian boleh sebarkan business card kalian.
Dan yang paling penting. Cubolah menjadi seorang yang peramah.
Ese torbang laie ke KL bersamo Jaisi.
Kali ini lokasi tugasan adalah di Jalan Klang Lama.
Ese sampai di Jalan Klang Lama yang panjangggg itu.
Sedikit awal dari maso majlis.
Sekitar jam 1pm dah berado di situ sodangkan majlis
akan berlangsung sekitar 5pm.
Disobabkan masih awal. Ese mencari tempat penginapan dolu.
Tersosat sekojap mencari jalan untuk ke Universiti Malaya.
Carik punyo carik, jumpo duo hotel berdokatan.
Crystal Crown Hotel dan Armada Hotel di Petaling Jaya.
Hilton Hotel plak terkeluar dari list kerano budget yang kurang.
Sesudah survey, Armada Hotel menjadi pilihan disobabkan
Crystal Crown takdo Executive Suite.
Bilo yo nak bayar, ese hulur duit plastik.
Sekali receptionist tu cucuk, rejected.
Cucuk laie sekali. Rejected jugak.
Alamak. Duit plastik ni dah cocah limit kah?
Ese selak dompet. Yang ado cash cumo ompek koping not 50.
Tak cukup untuk bayar bilik Executive Suite yang berhargo 400++.
Ese mintak maso untuk carik mesin ATM.
Sikit punyo jauh nak kono poie cucuk.
Dan dapek la kuarkan cash untuk check-in.
Ingatkan bilik lawa ruponyo karpet kelihatan kotor.
Bekas terbakar dek puntung rokok.
Bilik pun biaso yo. Takdo la gompak bonar.
Tak padan dongan namo Executive Suite.
Kat tingkat paling atas sekali di Armada Hotel.
So, ese akan black-list hotel ni untuk menginap di lain kali.
Nilai bayaran tidak sepadan dongan facilities yang ado.
Disobabkan ponat torbang dongan Jaisi.
Ese terlolap dokek sofa.
Dan potang itu akak ese dari Terengganu sampai.
Tapi takmoh ikut ke lokasi majlis.
Mungkin abang ipar ese ponat nak berehat setolah ponat memandu.
Malam nanti dorang nak poie jalan-jalan pusing KL dongan adik ese.
Dan ese cumo poie berduo yo untuk menjalankan tugas.
Rombongan 6 buah kereto berderet dari PJ menuju Jalan Klang Lamo.
Dan sampai di Masjid Taman Sri Manja.
Majlis bermulo sekitar 5.30pm. Agak lewat sedikit dari jangkaan.
Majlis perkahwinan antaro Nora dan Fadzli diadakan pada 22 dan 23 November 2008.
Berlangsung dokek Majidi, Johor Bahru.
Dan baru sekarang ese dapek nak siapkan album dorang ni.
Ngam-ngam soi yo design dapek disiapkan dalam maso sebulan seperti yang dijanjikan.
Team Capturepixs selaku Official Photographer mengucapkan semoga berbahagio
hinggo ke akhir hayat. Dan terimo kasih atas segalo kerjasamo yang diberikan.
Kepado rakan-rakan diluar sano yang plan nak kawin tahun dopan.
Copek-copek la booking pakej fotografi perkahwinan khasnyo di kawasan Johor.
Namun ado jugak bakal pengantin dari luar negaro yang hubungi kami.
Bertanyokan pakej yang ado. Dan berminat dongan hasil kojo kami.
Dan kami berbosar hati untuk bekojosamo di luar kawasan.
Malah sebelum ini pun ese ponah membuat liputan perkahwinan di bahagian
utara tanahair hinggolah ke Sabah dan luar negaro seperti Singapura.
Untuk makluman rakan-rakan, Capturepixs kini melebarkan sayapnyo untuk
membuat semua liputan di beberapo negaro jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.
Dan pado April 2009 nanti, ese sendiri akan terbang ke Bandung, Indonesia untuk
mengutip pengalaman dari otai-otai yang menjadi official photographer membuat liputan majlis perkahwinan dalam adat Sunda. Kito nantikan perkahwinan Fairus Myphotographer dongan gadis pilihannyo di kota Bandung.
Dulu Shino bagi adiah pengunjung blog dio.
Sekarang Papa-Itam pulak yang bagi.
Terima kasih atas jalinan persahabatan ini.
Moga pertalian ini dibawak ke alam nyato.
Moga kita ketemu di satu maso nanti.
Timo kasih sahabat.
Malam Pelabuhan 2008 yang berlangsung dokek Persada, Johor Bahru pado tahun ini tampak kurang meriah berbanding tahun yang lalu. Kehadiran tetamu walaupun memenuhi ruang meja yang ado, tetapi ballroom yang digunokan cumo sebahagian sahajo berbanding tahun lalu.
Team Capturepixs selaku Official Photographer untuk Malam Pelabuhan ini bersedia dari seawalnyo bagi memastikan setiap perjalanan majlis dapat di capture sebaik mungkin.
Di ruang pendaftaran tetamu, terdapat satu backdrop untuk tetamu mengambil gambar
sebagai kenangan dan juga untuk simpanan Lembaga Pelabuhan Johor.
Artis jemputan adalah Noraniza Idris dan Salleh Yaacob. Ese tak banyak shoot artis dan persembahan kerano sudah ado duo orang team di hadapan yang sudah bersedio.
Dan persembahan dari warga LPJ sendiri yang buat lawak dokek atas pentas tu.
Berdekah VIP semuo menahan lucu.
Majlis bersurai sekitar jam 11pm dan segalonyo terakam lobih dari 5 Gigabait iaitu sekitar 2000 keping foto-foto sepanjang majlis. Ianyo hasil dari ompek orang photographer professional dari Capturepixs yang berdedikasi menjalankan tugas masing-masing.
Habis yo majlis, perut dah berirama keroncong. Dan kami melantak sakan dokek Myfriend Tomyam tetapi layanan tongah malam oleh pekojo restoran membuatkan kami memasukkan Myfriend di dalam senarai Black List.
Ramai laie photographer samado otai mahupun newbie.
Yang masih kurang ilmu tontang teknikal alatan photography.
Terkadang ado yang mahir tontang art of photography.
Pun masih jugak terkeliru ataupun cetek dongan aspek teknikal.
Ilmu asas seperti bukaan aperture, kelajuan shutter, focal length dan seumpamonyo.
Ketaksuban newbie terhadap otai bakal membuatkan mereko terkadang
hanyo menerimo input dari satu sudut ajo. Perkaro asas kadang terus terabai.
Cubo kalian selidik beberapo otai yang kalian kagumi.
Tontang pengetahuan mereko dalam aspek teknikal.
Ese pasti tontu ado yang masih tergagap-gagap mahu menjawab.
Dan terkadang jawapan yang diberikan kurang meyakinkan.
Usah berdebat dongan mereko.
Kerano pasti kalian akan kalah.
Disobabkan otai-otai kebiasaannyo akan bersifat ego.
Dan tidak akan mahu mengaku kalah.
Walaupun jelas terang tontang kecetekan ilmu asas tersebut.
Tetapi kecetekan ilmu itu, kalian boleh nilai.
Melalui jawapan atau fakta yang mereko kemukokan.
Jadi, bergurulah dongan ramai guru.
Moga kalian tidak sosat di tongah jalan.
Dah beberapo kali dah ese call Celcom Careline.
Berhubung dongan masalah Call Waiting.
Yang masih bolom selosai laie.
Disobabkan ese ni manusio paling sibuk kek dunio ni.
Seken call yang nak masuk dah tak boleh.
Dan sms di hantar menandokan ado call tak dapek masuk.
Kalu itu dari future client, bukankah itu bakal merugikan ese.?
Dan baru limo minit lopeh. Ese call Careline di nombor 1111.
Pasal ese tak bulih register kat Celcom Careline.
Bilo ese nyatokan masalah ese.
Nak tau apo operator tanyo dan jawab?
"Encik dah masukkan email yang betul?"
-Ya, email yahoo.
"Adakah email itu aktif?"
-Ya, pasti. ( sambil nak tergolak ese jawab )
"Biasanya customer register dan email confirmation tak dapat atau lambat dapat."
-Masalah saya, tidak dapat register. Failed for registration.
"Buat masa ini memang terdapat masalah server. Pihak kami masih dalam investigation tentang
masalah yang Encik hadapi ini"
- Berapa lama lagi boleh selesai?
"Saya tidak pasti. Buat masa sekarang Encik boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau semakan bill."
- Jadi, taktau lah berapa lama lagi saya boleh register ya?"
"Ya Encik, nanti Encik boleh cuba lagi untuk register di lain kali."
- Em.. oklah gitu gak. Terima kasih jer lah.
Dan ese cakap dalam hati.
"Kalau ekau dah tau ado masalah server dan
memang ekorang masih dok siasat taktau apo punconyo,
baik ekorang cakap yo terus dokek ese awal2.
Yang poie tanyo ese macam-macam tu buek apobondo.
Yang ese carik, ese buat dari A hinggo Z.
Yang datang dongan sendiri, pun ese buat dari A hinggo Z.
Yang beliau carik, ese sambung buat dari D hinggo Z.
Tangan ese ado duo. Kaki pun ado duo.
Kadang beliau lupo.
Mungkin bilo berado di kerusi empuk, aircond yang enak.
Apo yang beliau fikirkan.
Harus segalonyo siap sepantas mungkin.
Dari sambungan D hinggolah sehabisnyo Z.
Bukan sedikit. Itu cumo satu. Kalau ompek? Limo?
Terkadang. Ese gadaikan nyawo di jalanan.
Mengejar maso agar tidak terlepas.
Yang sememangnyo maso takkan menunggu kito.
Dan segalo arahan dapat dijalankan dongan sempurno.
Walaupun kini insuran nyawo sudah dipotong.
Tidak ditanggung laie.
Mampus renyuk sendirilah di jalanan.
Sendiri tanggung lah risiko.
Demi menunaikan arahan dan tanggungjawab.
Terkadang. Tangan macam dah keluar laie duo.
Perut yang kadang perlu diisi.
Pun sudah mulo disorang gastrik.
Garo-garo kelewatan dan ketidakteraturan maso mengisi.
Habis. Kalau semuo ese yang terkocoh-kocoh.
Menyelesaikan dari A hinggo Z.
Adakah tidak timbul dibenak.
"Apobondo yang ese dapek?"
....
Sojak duo monjak.
Ese jadi suko bonar dongar lagu dari mamat Jason Mraz ni.
Terutamo lagu I'm Yours.
Walaupun sepatah haram ese taktau apobondo dio nyanyikan.
Nak kono search lirik lagu dolu.
Bukan apo. Korap sangat ese dongar lagu ni.
Kat corong henpon buruk ese ni.
Dan sojak akhir-akhir ni.
Penggiat fotografi perkahwinan pun.
Banyak jugak guno pakai lagu ni dalam slide show dorang.
Sinonim barangkali lirik ni dongan gambar-gambar kawin.
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours
Apobondo maknonyo tu aih?
Ntah. Mano la ese paham.
Cikgu BI mungkin paham barangkali.
Dio datang laie.
Mengganggu tidur ese.
Dikalo senjo.
Ngori bonar.
Ese terjago. Jam kat dinding kat angko 9.
Lamo jugak tertidor dari potang.
Ponat lopeh abis shooting tadi.
Kepalo berdonyut sakan.
Peluh memercik kat leher dan badan.
Panas. Walaupun kipas kuat berpusing.
Ese temonong.
Kenapo io hadir laie.
Mengganggu mimpi ese.
Tekono sumpah barangkali.
Arghhh.. ese sudah tidak boleh lari.
Dihambat mimpi ngori ini.
Selagi tiado keampunan. Selagi jiwo tidak kembali ke jasad.
Selagi itulah makhluk itu datang mengganggu dalam mimpi ese.
Tolonggggggg.....
Duo tigo hari lopeh.
Ku Rozak dapat sms.
Kat henpon Nokia buruk dio.
Hadiah cabutan bertuah 2 tahun lopeh.
"Ko macam badut lah. Meroyan tak tentu pasal."
"Aku dengan bakal bini muda aku ni dok gelakkan ko je ni."
"Sudah-sudah la tuh Rozak oiiii"
Ku Rozak pelik. Nombor tertero tak dikonali pulak.
Tibo-tibo yo sms tu masuk.
Tersalah nombor barangkali. Pikir Ku Rozak.
Tetapi kenapo dalam sms tu.
Ado namo dio.
Ku Rozak anggap itu perkaro biaso.
Duo tigo bulan lalu pun ado orang meroyan jugak.
Bini lari carik laki lain.
Last-last yang kono, Tok Ngulu Ku Rozak jugak lah.
Tersilap sms. Pemes sungguh nombor henpon Ku Rozak.
Ku Rozak balas sms tu.
Dongan tigo tando soal.
Ringkas.
Tibo-tibo orang tu pulak meroyan tak tentu pasal.
Merepek meraban ontah apo bondo.
Macam orang hilang akal.
Ku Rozak baco. Sambil tersengih.
Nasib maso tu Ku Rozak sibuk.
Ado anok Lebai Leman datang nak suruh sain borang masuk SBP.
Dapat 5A maso UPSR aritu. Banggo Ku Rozak.
Anok kampong beliau dapat keputusan bagus.
Kalau tak sibuk.
Maunyo Ku Rozak telefon dan maki hamun terus.
Ku Rozak sudahkan sms tu dengan membalas.
"Ese ghaso ekau yang badut dan meroyan kot."
"Yang ekau tibo-tibo sms ese ni apokohell?"
"Go to hell lahhh. Tata titi tutuuu..."
Dan sms seterusnyo dah tak muncul laie.
Dah ponek barangkali.
Atau dah sembuh dari sawan.
Sonang Ku Rozak nak buek kojo seharian.
...
Sekonyong-konyong.
Budak gigi kuning dan budak itam.
Yang sodang leko bermain di taman mainan.
Di sebuah kampong yang aman damai.
Bersebolahan tapak pembinoan kondo mewah.
Di'angkut' oleh sebuah kereto waja kelabu.
Kecoh satu kampong.
Keluargo budak gigi kuning dan budak itam dihubungi.
Dan dimaklumkan, budak dua ekor tersebut kini ditahan.
Dibawah akta hasutan mengarut.
Ketuo kampong, Ku Rozak terbeliak.
Copek-copek pakai seluar slack. Baju kemejo.
Tak sompek bergosok. Bini beliau sibuk home-party sojak akhir-akhir ini.
Bergogas nak poie ke tompek tahanan budak duo ekor tu.
Osman Keding dah tunggu kat bawah dongan proton kotak.
Sobab kereto Ku Rozak masuk bengkel.
Ku Rozak mendengus.
Beliau sudah maklum.
Ini pasti kejadian di tadika tempohari.
Musti cikgu tu ado melaporkan pado pegawai atasan.
"Ini tak bulih jadi. Budak kecik pun dorang 'angkut'?.
Sampai yo kat situ. Ku Rozak masuk pintu utamo. Bagi salam.
Ku Rozak memang baran orangnyo.
Beliau terus nak jumpo pegawai tertinggi.
Pegawai jemput masuk bilik.
Osman Keding tunggu kat sofa luar sambil tengok Berita Terkini.
"Apobondo ni semuo? Apo pasal ekorang tahan budak udoh duo ekor tu?"
"Ekorang ingat semuo orang ekorang bulih tahan sesuko hati?"
"Budak tu kecik laie. Tak salah apo-apo. Sunat pun bolom."
"Dorang cumo baco dokek sok kabar arus perdano. Dan baco dokek Internet yo."
"Membaco pun dorang tergagap-gagap laie."
"Itukan kenyataan yang boto, bukannyo membuat fitnah apo-apo."
"Ese nak ekau lopehkan budak udoh duo ekor tu sekarang jugak."
Ku Rozak bercakap sambil tepuk mejo.
Angkat jari telunjuk tunding muko pegawai tersebut.
Pegawai di dopan Ku Rozak tergamam.
Beliau tau, Ku Rozak bukan calang-calang orang.
Darah kerabat dirajo.
Anak kepado arwah Tengku Sulung. Yang banyak berjaso dalam nogori.
Gedegang. Pintu ditutup kuat.
Ku Rozak keluar tunggu dokek luar di sofa.
Muko Ku Rozak merah padam.
Osman Keding senyum.
"Rileks Ku, sobar, sobar Ku. Kejap lagi kito bawak balik lah budak tu."
...
* sapokah budak udoh?
* sapokah pegawai atasan?
*dimanokah tompek tahanan?
*sapokah Ku Rozak?
*apokah peranan Osman Keding?
-semuo jawapan diatas adalah mengikut pemikiran khayal kalian.
tiado kono mengono dongan ese kerano khayalan ese khayalan skodeng.
Di sebuah tadika. Dokek kampong ese.
"Sapokah Bapa Kemerdekaan Malaysia?"
Sorang budak cute angkat tangan.
"Tunku Abdul Rahman"
"Sapo pulak Bapa Pembangunan Malaysia?"
Sorang budak montel comel bangun.
"Tun Abdul Razak cikgu..."
"Sapo Bapa Penyatuan Malaysia?"
Sorang budak hitam manis berlesung pipit mencelah.
"Tun Hussein Onn"
Sapokah pulak Bapa Pemodenan Malaysia?
Sorang budak mato sepet, kulit cerah kuning langsat.
"Saya tau. Che Det. Eh.. Tun Dr. Mahathir cikguuuu"
Jadi, Perdano Mentori yang sekarang.
Sapo namo? Dan gelarannyo bapo apo?
Sorang budak itam duduk di hujung dinding bangun.
Rambut kusut masai. Baju comot.
"errr.. Tun Pak Lah.. ehh.. Dato Seri Abdullah lar cikgu."
"emm..bapa..bapa.. Bapa Hadhari kot"
Sorang lagi budak nakal di belakang. Gigi kuning.
Seluar koyak. Baju kotor terkena sos masa makan pagi tadi.
Mencelah pantas.
"eh..yo kor Bapa Hadhari? bukan Bapa Mertua Khairy ?
Satu kelas tercengang. Cikgu tergamam.
Budak gigi kuning dan budak itam saling memandang.
Geleng-geleng kepalo.
Sudah hampir 8 tahun.
Ese berjinak dongan dunio komuniti maya.
Semonjak mulo idup dalam dunio atas talian.
Kalau dikiro. Kawan hasil dari kehidupan maya.
Adalah lebih ramai berbanding kawan dunio nyato.
Namun hasil dari dunio maya.
Mako wujudlah juo mereko didunio nyato.
Yang boleh hidup seperti manusio biaso.
Kadang dunio maya pun.
Jiko kalian serius hidup didalamnyo.
Kalian raso sehari kalian tidak dapat berado di atas talian.
Kalian akan rimas. Hilang segalo seri.
Namun terkadang.
Dunio maya jugak punyo masalah yang samo seperti di dunio nyato.
Yang pasti bakal menyenakkan kepalo kalian.
Terkadang kalian akan menyendirikan diri.
Untuk mengelakkan kesenakan kepalo.
Dunio maya. Kadang terlebih hipokrit.
Sukar untuk kalian fahami masyarakat di dunio maya.
Kerano setiap perhubungan, tidak jelas akan intonasi dan perilaku.
Dan kerano itu. Satu yang kalian boleh cubo lakukan.
Buatlah apo sajo berdasarkan niat kalian.
Kebanyakan pempuan.
Memang suko kalau pasangan mereko sebut.
"Saya sayang awak"
"I love you"
"Saya cintakan awak"
"Saya rindu awak"
"I rindukan u"
Pempuan. Memang melihat pado zahir.
Melihat pado yang terucap.
Mereko jarang dapat menilai sebaliknyo.
Kalau pasangan mereko tidak ucapkan demikian.
Nescayo mereko akan raso tidak selamat. Ragu-ragu.
Dan kalau pasangan mereko jawab berubah-ubah.
Mereko akan jadikan alasan mengatokan pasangan mereko tidak setio.
Berbezo dongan lelaki.
Mereko tidak memandang pado luahan ayat di atas.
Tapi mereko melihat pado perilaku pasangan.
Mungkin caro layanan. Atau reaksi.
Sekironyo layanan itu menunjukkan kasih sayang sebonar.
Itulah yang mereka pogang.
Bukan hanyo pado kato-kato semato.
Terkadang lelaki.
Langsung tidak suko pado kato-kato sedemikian.
Kadang ado yang meluat bilo mendongarnyo.
Mungkin mereko golongan egois.
Tetapi mereko akan menilai dari sudut yang berbezo.
Itulah lelaki.
Dalam kedinginan fajar pagi.
Ese bangun. Ese bukak pintu bilik air.
Beberapo anggoto badan dibasahkan.
Ese ambil hamparan yang tergantung.
Dan dihampar mengadap bucu dinding bilik.
Kain pelikat diikat kemas.
Ese angkat tangan. Keduo-duo.
Alamak. Ese lupo.
Camno nak niat solat subuh ni?
Ado sapo bulih ajar?
Potang itu. Hujan mulo hondak turun.
Ese menghirup Tongkat Ali. Lagi.
Di Cafe Agung. Jugak lagi.
Mato merenung jauh ke dopan.
Terhenti pado sesusuk tubuh gadis.
Tampak berlari anak menuju ke arah cafe.
Takut hujan turun makin lobat barangkali.
Sebuah Perdana V6. Hitam.
Meluncur laju. Dan...
Sekujur tubuh terlentang di jalanan.
Selipar terpelanting. Beg yang disandang jugak tercampak jauh.
Ese bangun spontan. Terkojut.
Darah merosap ke segonap ruang badan. Laju.
Jantung bagai di pam-pam. Otak bagai tidak berfungsi seketiko.
Ese bergogas menuju ke jalanan.
Dan lantas memangku tubuh yang sudah longlai.
Darah merah dah membasahi seluar putih ese.
Ese tak pedulikan itu.
Pipi mungil itu ese tampar lembut.
Cubo untuk menyodarkan.
Sekali. Duo kali. Tigo kali.
Badan si gadis, ese goncang kuat-kuat.
Dan akhirnyo ese jerit.
Mano tau boleh didongar.
"Banggguuunnn... pleaseeeeeeee."
Orang sudah ramai berkerumun. Tengok ajo.
Pemandu Perdana V6 tampak tergamam. Kelu.
Tibo-tibo mato si gadis terbuko luas.
Gigi menyeringai tersenyum kambing.
Ado lesung pipit buatkan ese kaku.
"Hari ini memang palat, tapi esok masih ado"
Lantang jugak suaro.
Walaupun baru tersedar dari pengsan.
Habis sepatah yo ayat dari si gadis, lalu pengsan kembali.
Dan...
Pintu grill rumah ese dibukak oleh hosmate yang nak poie kojo.
Buat ese terkejut dan termamai seketiko.
Ese tarik selimut tutup kepalo.
Mahu sambung kesudahan mimpi itu. Sadis.
Apokah mesej yang cubo disampaikan sepatah itu?
Ese melihat. Ese memerhati.
Ese membaco. Ese menulih.
Dan ese menyodari akan hakikat.
Dan ese menerimo seadonyo.
Orang memberi. Kito meghaso.
Orang berbudi. Kito berbahaso.
Orang mengeji. Kito menerimo.
Sumpah. Kalau ini yang ese tahu dari awal.
Yang akan kamu balas akhirnyo.
Bukan ajo sekadar namo kamu.
Bahkan bayang kamu jugak tak ingin ese konal.
Tetapi sesaat ajo kamu 'enter into my life'.
Bukan sekadar bayang kamu.
Tetapi hembusan nafas ekau totap ese konang sampai mampos.
Walaupun ke nerako jahanam sekalipun.
( sobab ese kononnyo dianggap sudah lupo Mengaji mahupun Solat )
Seingat ese. 8 tahun lalu.
Sewaktu pertamo kali memiliki telefon genggam.
Yang sebosar botol air tu.
Yang memegang trademark Helo Moto tu.
Saat itu talian yang ese pakai adalah 010.
Dan ketiko saat mahu berhijrah dari kompeni biru.
Ke kompeni merah. Memang agak mahal bayarannyo.
Namun disobabkan coverage yang kurang kuat dari kompeni biru.
Pado maso itu. Terpakso juo lah berhijrah.
Agak lamo jugak lah menjadi pelanggan setio kompeni merah.
Sampaikan apo yang kompeni biru tawarkan.
Tidak menarik perhatian.
Hinggolah satu maso, kerajaan hadhari membonarkan pertukaran kompeni.
Tanpo perlu menukar nombor yang sedio ado.
Inilah masonyo. Ese skodeng jarak jauh.
Memang tidak dinafikan. Kompeni biru sudah meningkatkan prestasi.
Coverage sudah meluas. Pakej jugak amat bersesuaian.
Tanpo lengah, ese mau berhijrah.
Dan potang Jumaat tempohari.
Ese melangkah gah ke kompeni biru.
Layanan memuaskan dari staf di sano. Mesro.
Dan akhirnyo. Ese kini menjadi pelanggan kepado kompeni biru.
Berkuatkuaso semalam.
Hormon ese tidak stabil seminggu ini.
Fikiran kusut.
Tiap malam mimpi ngeri.
Tidur tidak leno.
Tangan tak boleh dok diam.
Mau ketek-ketek.
Risau. Bimbang. Dan keliru.
Lalu. Jerawat pun bertandang.
Dibawah kumis nipis ese.
Cis. Sungguh.
Di atas cumo alasan.
Untuk menutup jerawat batu ini.
Udah seminggu.
Poie pagi balik malam.
Mato naik lobam mengadap pc.
Garo-garo nak siap tender bertindan.
Due date yang samo dalam jangko maso singkat.
Otak ese serabut sikit.
Tak boleh nak berfikiran waras buat maso ini.
Kalau keadaan normal. Ese sedayo upayo bersikap cool.
Walau ado masalah melando sekalipun.
Tapi kali ini. Macam pempuan PMS.
Sapo yang buat pasal.
Memang sajo carik penyakit.
Kalau boss ese sajo carik pasal.
Nak suruh bondo pelik macam-macam.
Tang ni jugak ese akan bagi surat resign.
Balik rumah. Fikiran melayang.
Mengonangkan hidup yang sucks.
Biasonyo ese keseorangan mengadap Mekbok.
Ese memang jarang keluar malam.
Kecuali keluar makan kalau ado geng Capturepixs yang ajak.
Housemate pulak seperti biaso bersamo tunang tersayang.
TV terbukak. Tapi tv yang tengok ese.
Dan akhirnyo ese terbongkang di sofa biru sekenhen tu.
Dongan tv dan mekbok yang tidak bertutup.
Dongan badan yang belum dicucur air.
Dongan muko masam kusam melekit bakteria.
Hidup tidak teratur seminggu ini.
Ese pohon jiwo.
Kembali ekau pado jasad.
Hidup ini memang sucks, tapi esok masih ado.
Semogo hari esok.
Matahari tidak akan muncul sebolah barat.
Dan ese akan terus mengutip pengalaman hidup.
Dan mogo hari esok.
Ekau akan merindui sebatang tubuh keding ini.
Hidup ini memang sucks, tapi esok masih ado.
"Dalam video tu. Bijak ekau berlakon."
"Eh tak. Itu bukan lakonan. Itu reality show tu."
"Yo kor? Apo pasal dalam video. Tak samo macam real life?"
Diam.
"Takpolah. Ese percayo yo lah. Tapi ekau harus buktikan."
"Selagi ekau tak buktikan, selagi itu video itu cumo lakonan."
"Dan ese akan anugerahkan ekau pelakon terhebat."
"Setanding dongan 'kawan' ese yang ompek tahun lopeh."
"Yang ekau soring dongar cerito kehebatan beliau."
"Yang ese tolah anugerahkan 'Penulis Skrip Terbaik'."
Ring sejuto.
"Hah. Nak apokobondo ekau malam-malam buto?"
"Where are u right now. Why u not answer my call?"
"What the heck, apo ekau peduli?"
Kedongaran desis suaro latar di belakang.
Mengajar sesuatu yang mengjengkelkan.
"Whose owner of this number?"
"Ese punyo lah, yang ekau dok call berjuto kali tu. Laie mau tanyo kor?"
"Dah ah, nak tidor. Jangan nak ngacau ese laie"
"Huh? Sleep? Where? With who? With that fucking shit?"
"Ekau peduli apo? Ese punyo suko lah..."
Tuttttttt.......
Ring sejuto.
Tidur dalam mimpi ngeri dikejar bayangan semalam.
Dolu.
Sering membaco tontang Cafe Agung di blog incik Ubie.
Perihal wargo cafe dan suasano persekitarannyo.
Potang itu hujan renyai.
Seronok jugak kalau dapat pekeno nescafe tarik.
Singgah sekojap selopeh selosai urusan di fakulti Rasso.
Perut masih kosong. Mintak di isi.
Tapi melihatkan lauk pauk yang sudah lunyai.
Hilang selero nak makan.
Tongkat ali CNI juo lah jadi peneman.
Sehirup tongkat ali. Senafas sedutan oksigen.
Menghela dan tersekat di dado.
Memandang jauh ke dopan.
Mato bagaikan memerhati jejaring tennis court.
Namun fikiran melayang entah kemano.
Barangkali. Jiwo ini masih tidak bersatu dengan jasad.
Barangkali masih merayau mencari kedamaian.
Ku mohon. Kembalilah jiwo ku.
Penuhi jasad keding ini.
Mogo ese terus tabah dan kuat.
Mengharung liku kehidupan ini.
Kalau lelaki menangis.
Ado orang kato, tak gentle.
Ado orang kato, lombik.
Ado orang kato, lomah.
Walau apo pun orang kato.
Tangisan itu bermulo dari hati.
Hanyo manusio yang takdo hati perut yo.
Yang sukar nak titiskan air mato.
Hanyo manusio ego meninggi yo.
Yang akan menahan air mato dari gugur.
Ese. Punyo hati dan perasaan.
Dan ado beberapo perkaro buek air mato ese gugur.
Pertamo perkaro yang melibatkan keluargo.
Ese tidak suko permasalahan dalam keluargo.
Kalau dimarah atau marahkan adik beradik.
Pasti bergonang yo air mato ese.
Begitu jugak jiko melibatkan parent ese.
Keduo melibatkan orang yang disayangi.
Ese mudah tersentuh hati.
Kalau bermasalah atau ghaso nak marah.
Ese akan copek sedih dongan apo yang berlaku.
Dan ese akan sedih atau mengalirkan air mato.
Selopeh ese melopehkan kemarahan.
Ketigo. Saat ese menghayati drama mahupun filem.
Sorang diri. Yang melibatkan kisah keluargo.
Macam citer anak yang tak mengenang budi serto menderhako dokek parent.
Atau macam citer Hindustan melibatkan perpecahan dalam keluargo.
Terutamo citer lakonan Shah Rukh Khan. Memang tersentuh betol.
Atau macam citer si isteri yang menderhako dokek suami.
Yang buat suami menderito dan melayan macam bangkai tak bernyawo.
Ontah kenapo semuo itu membuatkan hati ese copek tersentuh.
Sakit dado datang tibo-tibo. Tahan.
Saat menghirup teh-o panas di warong kelate.
Di hujung sano riuh wargo mudo menonton bola di Astro.
Tidak memperdulikan mejo di tepi jalan.
Duo lelaki kacak berbual. Lamo sudah tidak jumpo.
Pelbagai cerito keluar. Selang seli dongan umpatan seperti biaso.
Terkadang terhibur dan ghaso macam kono geletek yo.
Sakit semakin datang mencucuk.
Harus pulang berehat dolu.
Bangun dipapah lantaran sakit yang amat.
Kereto dipandu laju. Menuju destinasi.
Jalan sosak di tongah kota metropolitan.
Panik. Dunio sudah golap. Mata terpejam rapat.
Walaupun panik. Harus gagahkan juo menuju destinasi.
Mencari dimano harus di tuju tatkalo malam di kemuncak.
Mencari tompek mohon bantuan kecemasan.
Tidak sompek pun jumpa. Dunio cerah kembali.
Menyusur ke bawah tanah. Mencari lot kosong.
Terpapah memanjat ke tingkat teratas.
Terbaring lesu. Menahan kesakitan amat.
Berlari laju turun kebawah. Mengah.
Mencari sumber penawar.
Buat menahan kesakitan.
Dan jumpa di ruang 24 jam.
Selak dan sapu dan urut.
Sedikit lego teghaso.
Nyenyak dalam baki kesakitan.
Sudah lamo ese nk tulih pasal ini.
Tapi tetibo ketiko blog hopping dari blog Moqh.
Ese jupo dongan blog Tunang Adinang ni.
Apo yang beliau tulih. Menarik perhatian ese.
Dan ese kagum dongan pendirian beliau.
Dolu. Ese pun seperti yang beliau tulih.
Maso zaman mudo-mudo dolu lah.
Tapi sudah lamo ese tinggalkan tabiat itu.
Dah sodar tabiat buruk itu bakal merosakkan hubungan.
Seperti ditulih dalam blog itu.
Kepercayaan lebih penting.
Terpulang pado empunyo handphone mahu call atau sms dongan siapo.
Yang penting mereko tahu status mereko dan tahu menjago hubungan itu.
Tanggungjawab itu lebih penting daripado segalonyo.
Kalau check jugak. Alih-alih akan menyakitkan hati sendiri.
Kan menyerabutkan otak gitu.
Boleh bikin otak penat kan?
Dan yang lagi parah. Mungkin bakal mengakibatkan pergaduhan.
Dan seterusnya bakal menghancurkan suatu hubungan itu.
Takkan kalian mahu begitu sepanjang maso.
Kira. Sekali.
Tokan papan kekunci.
Kira lagi. Dua kali.
Tokan papan kekunci.
Kira lagi. Tigo kali.
Tokan papan kekunci.
Kira lagi. Ompek kali.
"hoi, berapo kali mau kira hah?"
"bukan banyak pun duit tu, pun berkali-kali nak kigho kor?"
"fokus lah sikit, jangan dok buek kojo sambil borak lorr"
Sorgah mamat kurus keding dokek pegawai kat kaunter Eon Bank tu.
Sapo kato idup sorang prebet sapu itu susah?
Prebet sapu boleh dapat pendapatan dokek RM4000 sebulan.
Boleh dikatokan agak mewah bagi masyarakat dokek luar bandar.
Jeman. Sorang pemudo yang terkonal dongan sifat kedekutnyo.
Memulokan kerjayo 'prebet sapu' sekitar 80-an.
Sekitar umurnyo pertengahan 20-an.
Bermulo dongan sebuah Van Nissan C-20 sekenhen.
Setiap hari.
Mengambil dan menghantar masyarakat ke bandar Tanah Merah.
Rata-rata penduduk sekitar 90-an tidak punyo kenderaan sendiri.
Jadi prebet sapu merupakan satu-satunyo pilihan.
Kerano kampong ese ni belum ado kemudahan bas mini.
Tambang sekitar 50sen bagi kanak-kanak dan RM1 bagi dewaso.
Selain menghantar masyarakat kampong ke bandar.
Jeman jugak bawak budak sekolah antar ke sekolah-sekolah sekitar bandar.
Jarak sekitar 5 - 10km dan terdapat beberapo buah sekolah.
Dolu. Ese salah sorang penumpang van buruk merah milik Jeman ni.
Samado ke sekolah mahupun nak poie bandar.
Jeman. Rumahnyo terlotak boto-boto dokek dopan umah ese.
Jadi setiap pagi, ese lah orang terawal naik van untuk ke sekolah.
Dapek lah duduk dokek seat dopan.
Semuo pakat nak berobut duduk seat dopan.
Sobab seleso dan tak perlu tersumbat macam sardin.
Ponah sekali. Pintu tongah van buruk merah tu jatuh terseret di jalan.
Abih satu van golak berdekah. Garo-garo sifat kedekut Jeman yang takmau baiki.
Sentiaso katonyo masih elok. Nak tunggu van tu roboh barangkali baru nak baiki.
Sudahnyo, budak duo tigo orang dok tepi pintu tu tolong pegang kuat-kuat.
Nasiblah maso tu waktu mau pulang dari sekolah.
Kerano sifat kedekut Jeman jugaklah, sampaikan seat dah tinggal besi pun tak dibaiki.
Sampai lenguh dan sakit bontot duduk kat atas bosi seat.
Bayaran dikiro bulanan. Jugak mengikut jarak dari rumah ke sekolah.
Kalau ese, maso ese sekolah rondah. Bayaran sekitar RM15 sebulan.
Tetapi bilo dah sekolah menongah. Arwah ayah dah belikan sebijik motor Honda kat ese.
Jadi dah tak naik van buruk merah tu laie.
Berkat kojo Jeman yang sungguh-sungguh.
Dan atas sifat kedekut Jeman.
Dio dah dapek simpan duit banyak-banyak.
Dan dapeklah dio beli sebuah van yang lebih elok.
Van Delica yang lobih bosar sikit ruangnyo.
Dongan van tu, makin ramai lah boleh di-sardin-kan.
Rezeki Jeman makin bertambah dari hari ke hari.
Berkat kesabaran Jeman dan ketabahan dia.
Walaupun sedikit kedokut.
Tetapi akhirnyo beliau dapat membeli sebuah bas sekolah.
Dan sudah berdaftar dongan JPJ bagi permit membawo budak sekolah.
Pado awalnyo Jeman masih membawo prebet sapu dongan van Delica.
Sesudah menghantar budak sekolah pada waktu pagi.
Tetapi lama-kelamaan, waktu dah tak sompek laie.
Kerano waktu persekolahan pun dah makin berubah.
Ada yang kelas tambahan dan ko-kokurikulum dan sebagainyo.
Akhirnyo Jeman menjual Van Delica dan tidak lagi membawo prebet sapu.
Dio cumo fokus membawo bas sekolah yo sekarang.
Hasil jualan Van Delica itu, Jeman beli sebuah kereto untuk kegunaan peribadi.
Hidup Jeman sekarang tidak seperti dulu lagi.
Dio dah sonang.
Sekarang dah berkahwin
Punyai 3 orang anak.
Tetapi hakikatnyo, Jeman masih jugak kedokut seperti dolu yo.
Kalau mau beli gulo-gulo dokek anak-anak dia.
Dio akan beli 2o sen dan dapat 4 bijik.
1 bijik setiap orang dan sebijik lagi untuk dia.
Begitulah serbo sedikit kisah Jeman, si prebet sapu.
Pak Su Bisu.
Insan Oku yang sampai sekarang ese tak ponah ambil tau namo sebonar.
Kahwin dongan Mak Su Bisu yang juga Oku dan ado 3 orang anak.
Tinggal dua kali laung dari umah ese.
Tangkas sekali manjat pokok kelapo.
Tanpo ado sebarang bantuan.
Dongan berbokalkan sebilah kapak tajam terselit di pinggang.
Sampai dokek atas. Beliau cantas satu persatu pelopah.
Hinggo abeh semua pelopah termasuk buahnyo sekali.
Togel pokok kelapo tinggal batangnyo yo.
Beliau turun ke bawah.
Minum air seteguk.
Naik semula dongan hujung tali sebosar tigo batang jari tu.
Di ikat dokek hujung batang nun di atas sano.
Beliau turun semula.
Duo tigo orang kat bawah bersedio menarik tali tegang-tegang.
Lalu beliau capai kapak tajam.
Sedia... tarikkkk.
Kapak di hayun di pangkal batang kelapo.
Tak sampai 10 minit, batang kelapo togel dah tumbang.
Dongan kapak itu jugak lah.
Batang kelapo tu di potong pendek-pendek agar senang nak di buang.
Itu dolu-doluan lah.
Zaman ese sekolah rondah.
Sekarang Pak Su Bisu dah punyai Chainsaw.
Dah sonang kojo beliau nak motong batang kelapo.
Tapi tang pelopah dokek atas.
Memang masih menggunokan kapak nan tajam tu.
Masih mengokalkan tradisi memanjat dan mencantas.
Itulah insan Oku yang banyak berjaso dokek wargo kampong ese.
Tok Wan Kadir.
Bomoh terkonal dokek kampong ese.
Jarak rumah cumo sepelaung.
Rumah beliau tompek ese main-main zaman kocik dolu.
Bersamo anak beliau.
Dolu. Maso ese sekolah rondah.
Sambil lepak sambil ese tengok orang datang berubat.
Yang datang bukan orang kampong ese.
Tapi semuo dari luar. Malah ado dari KL mahupun Kodah.
Oh ya. Tok Wan Kadir asal usulnyo dari Kodah.
Kato beliau.
"Kalau nak minyak pengasih, Tok Wan boleh bagi."
"Tapi kono tunggu dah bosar nanti lah. Bilo dah ready nak kawin."
"Minyak pengasih ni tak bulih buat main-main."
"Kalau boto-boto nak kawin dongan orang tu baru gunokan."
"Kalau nak main-main, buruk padahnyo."
Tok Wan Kadir berseloroh dongan ese.
Sambil tunjuk satu botol kocik yo. Mengandungi cecair berwarno kuning.
Terdapat semacam akar kocik di dalam botol tersebut.
Wangi baunyo. Macam minyak atar lobih kurang.
Ontah-ontah digunokan minyak atar untuk buek minyak pengasih.
Itu ese tak tanyo dan tak selidik.
Sapo-sapo yang sentiaso rindu dokek ese tu.
Adakah kalian dah kono minyak pengasih ese?
"Yang ekau sibok nak tolong aku kenapa?"
"Aku tak mintak ekau tolong aku pun, menyusahkan jer"
"Sial lah ekau ni. Buat apa ekau nak tolong aku?"
"Ekau boleh tak jangan ganggu aku. Biarlah aku derita pun."
"Biar aku settlekan sendiri. Kau pergi jahanam lah"
Nah. Ponah tak ekorang dimaki hamun.
Dan dipersalahkan kerano kalian cubo menolong orang itu?
Contohnyo kalau ekorang menyaksikan kes ragut didopan mato.
Seorang perempuan jatuh tersungkur dijalanan.
Lalu kalian hulur tangan membantu.
Tetapi alih-alih, kalian dimaki hamun.
"Eh, yang ekau sibuk nak tolong angkat aku kenapa?"
"Kenapa tak kejar peragut tu hah? Bodoh!. "
Apo perasaan ekorang kalau dimaki hamun sedemikian.
Tatkalo niat ekorang yang ingin membantu.
Setongah orang yang bengang akan melopehkan semula tangan.
Membiarkan perempuan itu jatuh tersungkur kembali.
Dan blah macam tu yo. Membiarkan dio dongan keegoannyo.
Tapi ado setongah orang yang sabar.
Akan terus membantu.
Dan cubo mewujudkan keharmonian, kecintaan dan kedamaian hidup.
Ado orang terkadang silap paham dongan entri-entri blog ini.
Biar ese buek penjolasan agar kekeliruan itu terungkai.
Blog 1001 MaLaM ini BUKAN 'diari harian' sang kepunden yang suko skodeng.
Tetapi ianyo himpunan, bingkisan, kesimpulan, huraian mahupun repekkan
yang berlaku sepanjang kehidupan sang kepunden saat beliau sodang skodeng.
Ado yang kadang terperasan sendirian.
Ado yang terkadang itu bertanyo soalan pelik-pelik.
Yang buek ese susah nak jawab.
Kerano mungkin bagi mereko, blog adalah 'diari harian'?
Tapi tidak bagi ese.
Terkadang entri yang langsung takdo kono ngono ngan ese pun ese tulih.
Terpulang pado yang sudi bertandang nak menilainyo camano.
Tetapi penafian ini dibuat agar kalian boleh faham dulu sebelum memikirkan bukan-bukan.
Melalui teropong ajaib yang panjang itu.
Sang kepunden akan skodeng apo sajo.
Dan jiko menarik, beliau akan coretkan di blog ini.
Sojak duo monjak ni.
Gangguan makhluk dalam tidur ese.
Buat ese rimas nak tidor.
Makhluk Tuhan itu bukan buruk ruponyo.
Cantik. Ngalahkan Maya Karin.
Sobab cantik lah mako mengganggu tidor ese.
Kalau buruk macam langsuir.
Ese dah tak heran sangat.
Tiap kali ese tidur. Makhluk tu hadir.
Ese terjago. Ese tengok jam dokek henpon.
Pukol 3 pagi. Pukol 4 pagi.
Ese ketet-ketet. SMS.
Ese tidur semula.
Begitulah berulang.
Rimas. Buat badan ese lesu.
Tak cukup rehat.
Maksud ese.
Otak ese tak cukup rehat.
Ponah tak ekorang bergaduh?
Bergaduh yang sampai bertumbuk.
Bukan gaduh mulut maki hamun tu.
Ni gaduh siap pakai helmet, kayu, parang.
Dolu. Zaman mudo-mudo dolu.
Bergaduh tu ibarat mainan.
Kalau tak bertumbuk. Tak macho lah.
Ese masih ingat laie.
Maso menongah rondah.
Bertumbuk ramai-ramai dongan budak cino.
Takat kaki kerusi singgah dokek belakang tu normal.
Dan yang sadis, cino tu dah kono bedal dek member ese dokek kepalo.
Hampir jadi kes polis. Sobab dapat dikosan pihak sekolah.
Maso tu kiro gentleman lah kononnyo.
Kalau gaduh, takkan libatkan pihak polis.
Lepas puak mano mengalah, kiro setel.
Kalau nak panggil geng pun.
Alih-alih samo-samo panggil geng masing-masing.
Jumpo kepalo samo kepalo geng, ruponyo konal.
Dan settle camtu yo.
Dorang bleh cakap. Budak-budak punyo hal yo.
Tak perlu panjang-panjangkan.
Hahahaha.
Zaman menongah atas.
Dah takdo geng. Sekolah dokek tompek orang.
Dan nak taknak.
Kono lah menikus yo.
Ese ponah di pukul seramai 15 orang budak nakal.
Geng-geng yang ese ado bukan geng kaki gaduh.
Jadi terpakso hadapi bondo ni sorang-sorang yo.
Nak melawan camno kalau dah 15 lawan 1.
Hampir koma dan berlaku pendarahan di dalam mato ese.
Lunyai badan.
Tidak lamo beberapo bulan selopeh itu.
Kepalo geng tu meninggal.
Eksiden langgar tiang letrik dongan motor curik.
Lopeh dari kes tu, dorang dah makin slow mengganas dokek sekolah.
Walau apo pun. Itu semuo asam garam maso zaman sekolah.
Ese dah maafkan semuo mereko tu. Zaman nakal lah katokan.
Sekurangnyo mereko memberikan ese pengalaman.
Walaupun pengalaman pahit.
Sekarang. Bilo usio dah meningkat.
Semuo tu ese terkonang buat ese tersonyum sendirian yo.
Apatah laie bilo ado orang cakap kat dopan ese, dio memang kaki terajang orang.
Sungguh-sungguh nak tunjukkan diri dio itu samseng dan hero. Kononnyo lah.
Buat ese tergolak dalam hati.
Ese bilang.
"Dah lamo GUA tinggalkan zaman itu beb".
Kalau takut menyatokan kebonaran.
Kalian akan hanyut dalam dilema.
Ibarat lombu dicucuk hidungnyo.
Ditarik sesuko hati oleh tuan empunyo.
Kalau kalian bukan lombu.
Kenapo harus bersikap macam lombu?
Kalian punyo hak untuk bersuaro.
Kalian punyo hak tentukan haluan kalian.
Ayuh. Bangkit.
Dan kalian akan beroleh kemonangan.
Percayolah. Kalian belum cubo.
Dan selagi kalian tidak cubo.
Kalian tidak akan tahu.
Jangan takut.
Dejavu.
Doluan seperti ini juo.
Macam orang bodoh.
Cuma dolu laie bodoh.
Tapi sekarang, kebodohan itu ese tinggalkan jauh kebelakang.
Hari ini. Ese senyum.
Kerano melihat orang bodoh didopan ese.
Menyarong topeng laksano malaikat bersayap labuh.
Mengajar ese tontang erti kesilapan.
Walaupun diri sendiri pun seperti bangkai. Busuk.
Menganggap ese ini seperti kanak-kanak.
Namun ese ambil dan simpan.
Sebagai tando menghormati.
Dan. Ese mengalah.
Bukan bermakno ese kalah.
Dalam hati.
Ese bersorak riang.
Kerano kemonangan ese.
Menterjemahkan yang tersirat.
Walaupun darah sedikit menyirat.
Sapo yang tahu?
Ese dan kamu.
Ya. Kamu lah. Sapo laie?
Mampukah kamu menyuratkannyo?
Ese cukup bengang.
Kalau time mandu, ado pemandu bodoh kat jalan ghayo.
Nak-nak lagi yang jenih bodoh sombong.
Jenih yang ghaso kereto dorang dah mewah, suko ati mak bapak dorang yo.
Dorang ingat dorang yo yang bayar road tax.
Ni ese nok tunjukkan kat ekorang ado orang bodoh bawak kenderaan kat jalan ghayo.
Menyusahkan orang ramai.
Kereto biru adalah pesalah. Kereto itam adalah orang ramai.
Yang merah? Jaisi lor...
Ni jenih suko ati dio yo nak belok bilo-bilo.
Nampak simpang baru nak belok.
Tak tengok langsung cermin pandang belakang.
Tak bagi signal langsung. Kalu bagi signal pun, maso dah nak membelok.
Last-last orang belakang menyasar nak kono brek mengejut.
Bodoh.
Yang ni pulak time orang dok jammed.
Time tu jugak lah dio nak cucuk-cucuk belakang orang.
Dah tak kiro dah garisan kuning.
Last-last sangkut atas garisan kuning.
Tak lopeh nak mencucuk.
Menyusahkan orang nak masuk simpang.
Bodoh.
Yang ni lagi bodoh piang.
Orang dok beratur ikut barisan.
Suko ati mak bapak dio yo nak potong.
Dio ingat dio sorang nak copek?
Bodoh.
Ni biaso berlaku kalau kereto mewah.
Diorang ingat kereto dorang mahal, dorang bleh dok lorong kanan.
Pastu naik kereto macam nak gi makan angin potang-potang yo.
Dah jalan tu boleh pecut sampai 80km/j.
Yang ekorang poie naik 60km/j dan dok lorong kanan watpe?
Bodoh??
Ini hasil kojo Alyssa.
Amcam?
Cantik tak?
Teringat maso ese kocik dolu.
Camni lah jugak lukisan ese.
"Kalau awak orang jahat, sila beri balik henfon itu.
Saya akan bagi awak duit.
Saya berjanji. "
Abang ese golak sakan. Dio baco kuat-kuat sms tu.
Lopeh tu sedaro maro pakat baco. Termasuk ese.
Pun turut samo tergolak sakan.
Sms tu dibaco dalam handphone nenek si penghantar Sms.
Undur maso dalam 8 jam sebelum Sms dibaco.
"Eh, mano henfon mamatok? Wanie carik tak jupo dari tadi laie"
getus anok sedaro ese yang umur 8 tahun itu dongan muko kehairan.
Lalu si Wanie ambil handphone akaknyo, Izlyn.
Dan cubo buat call kepado handphone neneknyo.
Tapi takdo kedongaran bunyi sekitar dalam rumah.
Si Wanie panik.
Beliau sangko handphone neneknyo dah hilang kono curik.
Maklum lah rumah neneknyo sodang sibuk dongan kenduri menyambut mama barunyo.
Lalu Wanie dongan bijak pandainyo.
Hantar SMS kepado handphone neneknyo yang disangko berado di tangan pencuri.
Sms yang dihantar masih tidak dibaco dalam handphone neneknyo.
Sehinggolah majlis selosai.
Waktu malam sesudah keadaan tonang.
Handphone itu sebonarnyo disimpan neneknyo di dalam bilik.
Handphone itu di bawak nenek si Wanie dan dilotak di atas mejo makan.
Selopeh berbual di talian dongan pemanggil limo minit lopeh.
Dan dicapai oleh papa si Wanie sambil-sambil berborak sesamo keluargo.
Mako terbacolah sms melucukan itu.
Ghayo ketigo, abang ese kawin laie.
Buat kali keduo dalam idup dio.
Abang ese ni dudo anak ompek.
Hasil dari perkahwinan lalu.
Umur pun dah lewat 30an dah.
Ese dapek kakok ipar mudo laie.
Baru umor 21 tahun yo.
Samo bayo dongan adik ese yang bongsu.
Kakak ipar baru ni lawa pulak tu.
Secocok ngan ese yo.
Ese macam biaso lah.
Kalau ado kenduri kendaro dokek kampong.
Ese lah tukang ambik gambar.
Orang kampong pun dah tau ese ni kojo jurugambar.
Tapi yang tak tahan kono perli yo dongan sedaro maro.
“Gamba ni bilo siap? Tahun dopan kor?”
Maklum lah. Ese kalau yo ambik gambar ghayo kor, gambar sedaro kor.
Memang lambek bonar nak siap.
Dok sibuk siapkan gambar client lain dolu.
Meriah tak meriah mano lah kenduri abang ese.
Maklum lah majlis kecilan yo.
Tapi sedaro yang turut serto berarak sikit punyo ramai.
Ado lah dokek 80 orang gitu ghasonyo aih.
Dalam 15 buah kereto ado lah yang poie.
Kebotulan lah kan time ghayo cam gini.
Ramai bonar sedaro yang ado.
Rutin menyambut Aidilfitri.
Sojak dari ese mulo konal dunio, memang dokek kampong ni yo ese beghayo.
Bangun pagi-pagi bersiap pakai ensem-ensem. Dari dolu laie.
Sebolom poie mano-mano, mintak ampun dokek mama dongan ayah.
Lopeh tu poie masjid dokek yo dongan umah.
Dokek masjid lopeh semayang ghayo biaso ado juadah.
Jamah sikit sambil borak dongan orang kampong.
Dah lamo tak jupo la katakan.
Ado yang merantau macam ese ni sekali sekalo yo dapek jupo.
Dari masjid tu terus yo poie umah nenek. Dokek yo dongan umah ese.
Berkumpul sedaro maro dokek situ.
Dokek situ lah bermaafan seluruh ahli keluargo.
Makan-makan dolu dan bergambar suko-suko.
Dokek situ jugaklah kalu dolu zaman ese kocik.
Paling best saat menunggu duit ghayo.
Beratur ramai-ramai nak dapekkan duit ghayo dari atok.
Tahun ini, sojak ese bekojo ni.
Dan anok sedaro pun dah ramai.
Jadi ese pulak lah yang kono boie dorang duit ghayo.
Suko bebonar dorang dapek sampul ghayo.
Lopeh dah makan, duit ghayo dah boie.
Dah abis bermaafan. Kitorang ramai-ramai akan bergorak poie beghayo.
Destinasi pertamo umah atok sedaro bolah nenek.
Atok sedaro dah takdo. Yang ado sedaro maro yo.
Dokek situ ado banyak rumah sedaro maro.
Tak jauh pun dari umah nenek ese tadi.
Satu kampong yo semuo sedaro maro ese.
Dokek situ jugak lah umah bos ese.
Dari satu rumah ke satu rumah dah biaso poie beghayo.
Dah habis dokek satu kelompok sedaro maro.
Kitorang akan bergorak ke kelompok sedaro yang lain.
Kali ni ke umah atok sedaro bolah atok pulak.
Yang ni dokek kampong sebolah yo.
Dah habis beghayo umah sedaro.
Waktu pulang duduk umah menyambut tamu.
Sampailah ke potang melayan tamu datang.
Ghayo keduo pulak rutin seperti biaso.
Pagi-pagi poie ke kubur. Memang sedaro maro ese pakat poie pado ghayo keduo.
Menziarahi kubur arwah ayah, atok bolah ayah dan sedaro maro.
Moyang ese pun dokek kubur yang samo.
Biasonyo atok lah yang mengepalai tahlil dokek kubur.
Dan hari-hari lain biasonyo ese akan duduk umah melayan tamu.
Balik ghayo biasonyo ese memang drive sensorang.
Orang bolom ado bini laie la katokan.
Kalu drive memang ese akan ikut route kebiasoan.
Skudai-Segamat-Muadzam Shah-Kuantan
Dan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur menuju ke simpang Jabor.
Jabor-Kuala Berang-Setiu-Jerteh-Pasir Puteh-Machang-Tanah Merah.
Kalu drive sensorang, memang boring.
Ese akan bertolak selopeh subuh.
Jalan siang mato taklah mengantok sangat.
Sekali sekalo ese henjut jugak si Jaisi ni.
Melayan kerenah manusio dokek jalanan.
Ado yang sajo yo nak nunjuk dorang laie power.
Mencilok sano sini dan memotong double line.
Sampaikan membahayokan nyawo orang lain.
Time jammed biasonyo dokek jalan Jabor.
Orang dari Barat akan bertembung dongan orang dari Selatan.
Keduo-duonyo nak menuju ke pantai timur.
Samado ke Terengganu ataupun Kelantan.
Tapi kalau cuti ghayo memang dapek cuti awal macam tahun ini.
Jalan ghayo pun taklah sosak bonar.
Orang ramai dah pandai merancang untuk pulang ke kampong.
Kalau drive sambil layan perasaan.
Ese biasonyo akan ambil maso selamo 12 jam.
Tapi kalau drive main henjut Jaisi ikut sedap yo.
Akan ambil maso sekitar 10 jam.
Dan kalau drive tak ingat orang tersayang.
Akan ambil maso 8 jam yo.
Tapi takat ini ese bolom laie buek 8 jam.
Sobab biasonyo ese akan berenti beberapo tompek.
Untuk isi minyak dan buang air.
Dan akan menyambung kembali perjalanan.
Seorang diri.
Baru yo bagi kasut baru.
Jaisi ghaso macam tak cukup yo?
Mau lagi merobekkan poket ese.
Memang ngengade botol la Jaisi ni.
Macam tau-tau yo poket ese tongah kombong ni.
Jaisi takleh nak turun naikkan cermin.
Suis Power Window bolah drebar rosak.
Dari dulu laie ese dah dapat detect sindrom ni.
Tapi sekali sekalo yo virus tu muncul.
Kali ni, dio muncul tak mau ilang dah.
Tongahari selopeh jumpo client dokek Capturepixs Studio.
Ese poie bawak Jaisi jumpo doktor.
Klinik biaso lah tompek Jaisi selalu check kesihatannyo.
Check punyo check, ruponyo suis tu dah short circuit.
Macamano la bulih short circuit pulak.
Doktor sarankan tukar baru satu. Tak boleh nak repair.
Nak atau tidak hendak. Memang lah kono tukar.
Mano bulih repair kalau libatkan electronic board.
Kalau tak tukar suis, camno ese nak tutup cermin tu.
Nak poie carik dokek kodai potong, mano la nak bukak hari Ahad.
Esok pulak ese dah nak pulang kampong laman.
Sonang yo tukar. Tak sampai 15 minit dah siap.
Apo laie, terbang laie not-not biru tuh ke tangan doktor.
Hanyo keranomu Jaisiku oiii...
Jaisi pun nak beghayo sakan.
Seperti tahun-tahun sebolom ini, bini ese ni mesti melaram.
Maklum lah nak balik kampong laman.
Biar orang satu kampong tu tengok pun sodap mato memandang.
Takdo lah suram yo. Kono lah vouge sikit.
Jaisi beli kasut baru.
Kasut kaler itam. Ada lining merah menyalo.
Dolu kasut buruk Jaisi size 16.
Kali ini Jaisi dah makin bosar. Makan pun dah banyak.
Jadi kasut Jaisi naik ke saiz 17. Tapi tapak kasut kono nipis sikit lah.
Tapak kasut pun melokap sodap. Memang grip botol bilo berjalan.
Jaisi pakai kasut dan jalan-jalan kat highway Kempas-Tebrau.
Masih boleh laie Jaisi berlari pantas.
Takdo effect sangat lah walaupun size sedikit bosar.
Keranomu Jaisi, poket ese juo yang rabak.
Tapi ese pueh ati. Malah dah lamo ghasonyo ese nak bolikan ekau kasut baru.
Mogo ekau makin bersori-sori. Buek noman ese balik berayo.
Cayanggggg kat Jaisi. Emmmuahhhsss...
Buffet Ramadhan di New York Hotel boleh tahan.
Cumo ruang yang sompit buek kurang seleso.
Ini hotel yang ketigo ese berbuko tahun ini.
Sebelum ini dokek Sofitel Palm & Golf Resort di Senai bersamo rakan photographer.
Dan satu laie dokek Pulai Spring Golf and Country Club.
Bersamo dongan rakan kojo Znn Technology Centre.
Tahun lalu ese memilih Mutiara Hotel untuk belanjo bukak puaso.
Dongan client totap ese. Yang banyak membantu dalam bisnes ese.
Dan tahun ini ghaso mahu mengubah selero.
Ese mencarik hotel yang ese belum ponah poie meghaso buffet Ramadhan.
Carik punyo carik. Awalnyo ado duo pilihan iaitu M-Suite Hotel ataupun Puteri Pacific Hotel.
Tapi memandangkan rego yang tak boleh tahan.
Kalau sorang duo yo takpo lah. Lalu ese mencari yang sederhano.
Dan memilih New York Hotel sebagai tempat berbuko tahun ini.
Lalu terus booking seramai 15 orang.
10 orang ese jomput dari pihak pelanggan terbaik.
5 orang adalah rakan kongsi serto sahabat Capturepixs.
Seperti biaso. Kalau buffet Ramadhan di hotel, ese tak jamah nasi.
Yang ese carik adalah kambing dan udang. Serto sedikit sayur.
Tapi di New York Hotel kali ini ado sup gearbox kambing.
Menyelerokan jugak tetapi disobabkan dopan client, mako kono sopan santun.
Sembang punyo sembang. Borak punyo borak.
Ruponyo salah sorang rakan client adolah orang kampong ese.
Anok bilal dokek kampong kelahiran ese. Bilal Pakdo Umar.
Dan mak saudaro kepado classmate ese maso sekolah rondah dolu.
Kocik jugak dunio ni.
Husband dio pulak adalah pegawai Polis dokek bandar Johor Bahru.
Kalau keno gayo, adolah laie peluang bisnes berpanjangan.
Niat ese cumo satu dalam bisnes. Kalau rezeki itu datang mencurah-curah.
Janganlah kito kedekut dan menyimpan untuk makan sendiri-sendiri.
Kongsilah rezeki yang Allah bagi itu bersamo orang sekeliling kito.
Moga doa dari rakan-rakan, client-client bakal memurahkan laie rezeki kito.
Itu ajo niat yang ese pasang dalam hati.
Dan mogo mereko juo mendoakan kesihatan, kesojahtoraan buek ese.
Ese tak suko.
Kalau orang tuduh melulu.
Bukan mainan. Ia libatkan perasaan.
Kalau tuduhan itu cumo gurauan.
Ese boleh terimo dongan hati terbuko.
Tapi kalau tuduhan itu nampaknyo sunggoh-sunggoh.
Memang itu memalukan.
Kamu lupo segalonyo.
Hanyo kerano kamu mahu menuduh ese?
Kamu hamburkan segalonyo.
Kamu tolak segalonyo ketopi.
Tidak mengapo.
Kamu memang suko begitu.
Sojak doluan laie.
Kamu tidak berubah-berubah.
Kerano itu, ado orang nasihat kamu begini.
'U with your life and let me with my life, gimme my friend back'.
Lobih kurang begitulah.
Dan kamu tidak sodar semuo itu.
Bukan satu. Bukan duo.
Tapi berkali-kali.
Peluang banyak diberikan. Tapi kamu tidak ambil sebagai pengajaran.
Sikap kamu suko menuduh sebarangan.
Itulah negatif kamu.
Renungkan.
Pak Lah bagi gulo-gulo sempeno nak sambut rayo ni.
Kat semuo rakyat Malaysia.
Gulo-gulo rego seposen yo.
Ramai rakyat Malaysia.
Hanyo senyum yo.
Ado yang tak kurang kutuk tak abis.
Ini bukan zaman kasik gulo-gulo laie dah.
Sebolom ni kito kono boli coklat rego tujuh posen.
Tapi di balas balik dongan memberi percumo gulo-gulo rego seposen.
Pak Lah ingat dio boleh menambat hati rakyat.
Tapi Pak Lah nyanyok. Dio lupo rakyat sudah ado mato dan telingo sekarang.
Gelagat Pak Lah kali ini buek rakyat raso geli hati.
Tapi ado rakan-rakan ese cakap.
"Biarlah seposen pun, daripado takdo langsung. Ok la tuuuuuu"
[ baco dalam nada pasrah ]
Ese sms Putera_Pawaka.
"Jom berbuko best-best hari ni. Dokek Hyatt kor, Senibong kor".
Dia balas, "Jom, tapi Hyatt mahal. Senibong ok jugak".
"Jam 5.30pm kito gorak yo".
Last-last 6.15pm baru gorak dari dopan Capturepixs Studio.
Nunggu sorang laie orang tuo yang balik berak. Si Liutrawa.
Ese drive separo Colin Mcrae, lantaran ado duo penompang.
Kalu ese sorang, udah rodah cilok main cucuk bontot Stream hampeh kat dopan tu dah.
Jalan jammed teruk dokek Plentong. Biasolah orang balik kojo.
Elok yo sampai dokek Senibong, azan dah bunyi.
Orang tuo Liutrawa dah togak air mineral dokek seat belakang.
Kali ni nak mengketedarah seafood.
Ese pilih kotam 4 ekor, udang setongah kilo, siput gong-gong dan sayur kangkung belacan.
Kotam masak sambal, udang goreng butter, siput masak sos tiram.
Air watermelon, fresh orange dan kopi orang tuo.
Melantak sampai tak ingat dunio dah.
Sekali kiro ingatkan mahal bebonar.
Ruponyo takdo lah semahal mano.
Kiro berbaloi jugak lah.
Hari khamis mahu poie makan steamboat laie.
Sapo mau ikut? Masak sendiri yo.
Auntie tanyo, "Bila mau pulang kampong?"
Ese jawab, " Hari Jumaat ini auntie".
Auntie tanyo laie, "Aler bawak itu amoi pulang hali layer dekat kampong kaa?".
Ese jawab laie, "Haiya auntie, itu keleta saya talak muat la mau angkut semua awek".
Auntie. "Huyoo.. manyak haa amoi aler. Nanti susah mau pilih jadi bini wooo".
"Bila mau kawin?".
Ese jawab, "Lain tahun lah auntie. Nanti kalau kawin, dah tak boleh hantar dobi lagi. Nanti talak boleh jumpa auntie lagi."
Kalau ado awek-awek mau ajak ese kawin.
Ese mau bagi alasan ni lah.
Alasan, Mau jumpo dongan auntie dobi laie.
Jadi tak mau kawin-kawin dolu.
Itu langkah terakhir DIA di bumi Selatan.
Sudah bertahun ekau kek sini. Akhirnyo ekau pulang juo.
Memang ekau ikut pepatah.
Hujan omeh nogori orang. Hujan batu nogori sendiri.
Ekau balik juo mengutip batu.
Kesian pado intan-intan permato yang masih di bumi Selatan.
Ekau tak bawak pulang bersamo.
Ese lihat, intan-intan tidak berkilau saat ekau melangkah poie.
Malap.
Ese tidak ingat bilo ekau hadir dalam kehidupan ese.
Tapi kehadiran ekau, menambahkan jumlah manusio yang ese konal.
Ekau manusio pelik. Terkadang sukar untuk ese meramalnyo.
Penuh dongan misteri sendiri.
Dan ekau manusio yang mengonalkan ese dongan dunio Epal Putih.
Akhirnyo ese terkono juo rachun ekau.
Mogo ekau berjayo dokek tanah tumpah darah ekau.
Kalau mau kawin, jangan lupo hantarkan kad original.
E-Kad ese tak mau. Muahahaha.
Dan jadikan Capturepixs sebagai Official Wedding Photographer.
Remember that?
Ulser berasal dari perkataan Latin, Ulcus yang bermaksud bukaan.
Ulser mulut merujuk kepado lapisan membran yang terdodah
disobabkan oleh kecederoan pado lapisan mukus.
Mukus bertindak sebagai pelindung kepado sel-sel di bawahnya.
Ulser mulut biasonyo berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kalo
melibatkan anok tokak. Sekiranyo masalah ini berulang, ianyo dikenali sebagai Ulser Apthous.
Ulser boleh dikonalpasti melalui beberapo tando, sepeti:
- terdapat bukoan bulat berwarno putih atau kuning, dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah
- mempunyai saiz sekitar 2-5mm
- ulser boleh wujud lebih daripado satu samo ado berkelompok atau di kawasan yang berbezo pado satu maso
- mengakibatkan bengkak
- sakit terutamanyo apabilo kawasan ulser terkono sesuatu seperti makanan, tergigit, berus gigi, bondo keras dan lain- lain.
- boleh berulang tetapi tidak berjangkit
- sembuh sendiri dalam waktu 3 minggu
PUNCA-PUNCA
Penyobab utamo masih bolom diketahui dongan jolaih. Bagaimanapun, terdapat beberapo faktor dikaitkan dongan ulser:
- Kecederaan pada dinding mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam (tulang ikan), makanan atau minuman yang terlalu panas, rawatan pergigian, bahan kimia (aspirin, alkohol, sodium laryl sulfate)
- tahap immuniti yang rendah
- jangkitan kulat (Coccidiodes immitis, Cryptococcus neoformans, Blastomyces dermatitis)
- jangkitan bakteria (Mycobacterium tuberculosis, Treponema pallidum)
- jangkitan virus (Herpes Simplex Virus, Varicella Zoster, Coxsackie A Virus)
- stress
- penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti Penyakit Crohn, Penyakit Coeliac, SLE, Ulcerative Colitis
- kekurangan vitamin C
- kekurangan vitamin B12
- penyakit autoimmuniti- Mukus Membran Pemphigoid
- kanser oral
- kitaran haid
- alahan terhadap makanan (contoh: nanas)
- pengambilan steroid
- dehidrasi yang keterlaluan
RAWATAN & PENCEGAHAN
- Pengambilan analgesik seperti parasetamol dapat mengurangkan sakit
- Rawatan laser dikatokan paling berkosan mengurangkan kesakitan dan merawat ulser dalam tempoh 24-72jam.
- Debacterol-mengandungi asid yang dapek membunuh bakteria di kawasan ulser.
- Bonjela-sejenis gel yang dapek mengurangkan kesakitan.
- Rawatan tradisional seperti melotakan uncang teh di kawasan ulser dapat mungurangkan kesakitan.
- Mengamalkan diet yang seimbang terutamonyo pengambilan vitamin dan asid folik. Vitamin A & D bagus untuk kesihatan lapisan mulut. Vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
- Meningkatkan tahap kebersihan oral termasuklah penggunoan bahan kumuh yang antiseptik.
- Elakkan makanan dan minuman yang terlalu panas
- Elakkan penggunaan ubat gigi yang mengandungi Sodium Lauryl Sulphate(SLS).
- Makanan seperti yogurt dan probiotic dapat mengimbangkan bilangan bakteria baik dalam tubuh.
- Minum air dengan banyak
- Bawa bertonang dan kurangkan stress.
Owraitt... tu dia aih tontang penyakit ulser mulut ni.
Yang pasti, tidak berjangkit.
Jadi, mano-mano awek yang mahu bagi ese french-kiss,
jangan takut-takut yo.
Twink.
Pertamo kali. Dalam idup ese.
Berbuko puaso di dalam wad hospital.
Makan nasi kerabu yang orang tolong belikan.
Mulut masih sakit. Takdo selero nak makan.
Jadi semuo bondo ese tolan. Tak sodap.
Laie satu pulak timbul.
Kali ni bukan di bibir.
Tapi di bawah lidah.
Aduhai, sekso sungguh.
Yang duo tu belum laie sembuh.
Tak tahan sudah.
Obat lamo tak abis laie.
Ese dah poie boli obat lain.
Pharmacist tuh suggest.
Suruh ese ambil vitamin C.
Untuk percepatkan proses penyembuhan.
Ese bedal yo lah.
Taktau betol tidak.
Sojak semalam laie.
Bilo makan kerepek pisang.
Ado garam.
Raso podih yg amat.
Bangun pagi. Dah makin membosar.
Nak gosok gigi. Ya amat podihnyo.
Raso nak gigit-gigit yo.
Ese belek. Tilik dokek cermin sakti.
Humang aih. Dah ado duo bijik.
Mato ikan dokek bibir.
Kalu Doc cakap, ia ulser mulut.
Ulser ni. Kalau tak lotak ubat copek-copek.
Makin beranak pinak jadinyo.
Macam ado virus yo.
Bukan macam bibir pocah tergigit atau kono tumbok.
Tapi ulser ni semacam penyakit.
Kadang ulser bilo merebak, boleh buat orang jadi domam wo.
Macam sakit gigi jugak ponangannyo.
Adush. Terjuih mulut ese.
Balasan dunio barangkali.
Kadang Allah bagi sakit.
Untuk kito ingat dokek Dio.
Tu maknonyo Dio masih sayangkan kito.
Masih beri laie peringatan.
Bukan Grammy Award.
Bukan Anugerah Bintang Popular.
Dan bukan Anugerah Saintis Muda.
Ni anugerah dari sorang sahabat.
Terimo kasih atas anugerah yang diberikan.
Kawan sokong kawan maa.
Untuk lobih lanjut, boleh lawat SINI.
Hari ini.
Ayah sodang menonton TV. Buletin Utama.
"Ayah, kenapo Admin lamo kono pocat dari komuniti tu?".
"Sobab melawan kato pucuk pimpinan", toghang Ayah.
"Tapi, bukankah mereko jugak yang lantik dolu?"
"Kan dah banyak juo dio berbakti pado komuniti tu?"
"Ramai laie orang lain pun melawan ayah".
"Kenapo tak kono pocat ayah?"
"err, kroni samo kroni tak apo Boy".
"Aiskrim Boboy ado laie?".
"Ayah mintak cikit boy".
"err, kroni tuh apokobondo yah?"
"Nah, ado cikit laie, meh boboy suap ayah."
"Boboy nak tiru amalan dokek komuniti tu, kono suap-suapan, jilat-jilatan"
Slurp, slurp, slurp.
dicilok dari SINI dan diolah sesedap eskem magnolia.
( jangan saman ese kerano mencilok tanpo kobonaran )
Minggu pertamo.
Setiap bulan.
Rutinnyo ese akan melangsaikan hutang.
Bermulo dongan membayar sewo rumah.
Tepat yo waktu, henpon ese pasti bunyi.
Tuan rumah sibuk call berkali-kali.
Kadang ese malas nak angkat dah.
Sobab, selamo 8 tahun ese menyewo.
Di Putama ini.
Tidak pornah sekali sewo itu tertunggak.
Begitulah kalau tuan rumah berbezo bangso.
Sukar sangat dio nak percayo kat bangso lain.
Ok.Lupokan soal itu.
Lopeh bayar sewo rumah dongan perbankan internet.
Ese akan terus bayar pulak bil-bil yang ado.
Tnb, Telekom, SAJ dan Astro.
Sudah dah ado dalam list 'Registered Payment'.
Kalau duit masih berbaki.
Hendak atau tidak hendak.
Musti kono pulak poie bank.
Buat bayaran ansuran Jaisi.
Dan seterusnyo membayar hutang kad plastik.
Di bank yang samo.
Dah habis kor?
Eh, belum. Ado laie.
Hidup ini kan penuh dongan hutang, pembayaran, pembelian.
Semuo melibatkan DUIT.
Berkaitan kerjayo pulak.
Kono bayar sewo opis pulak.
Abang bulat menanti senyum lebar mengutip sewo.
Sudah bayar sewo. Gaji staf kono la jugak bayar.
Nanti kang staf beronti. Sapo nak buek kojo?
Lopeh tu, bukan takat gaji. KWSP pun nak kono bayarkan.
Berdesup pulak poie ke Menaro KWSP dokek bandar.
Dah habis? Oh tidak. Mano mungkin habis setakat itu.
Hutang. Ya. Hutang dongan pembekal.
Bilo mau bayar jang?
Lain tahun daaaaa.....
Sesi skodeng kali ini secaro tidak sengajo.
Apek tuo tu bukak pintu pagar rumah dio.
Kawasan rumah murah teres setingkat buatan sendiri.
Di belakang bangunan kodai duo tingkat.
Apek tuo tu berjalan masuk lorong kecik.
Antaro rumah dio dongan rumah jiranyo.
Ado sebatang pili air dokek situ.
Ese yang dalam keto yang sodang berderet dokek simpang.
Perhatikan gorak goghi apek tuo.
Sekali apek tuo selak seluar.
Tanpo bukak kancing dan zip.
Bayangkan. Selak seluar pendek ikut dari bawah.
Kalau kalian lelaki, pasti kalian dapek bayangkan.
Dan keluarkan anu dio.
Lalu memancut dokek tepi pili air.
Walaupun tidak menghadap arah jalanrayo.
Tetapi perlakuan dio buek ese menggeleng kepalo.
Memalukan.
Dan dongan selambanyo, tanpo sogan silu.
Masuk semula ke dalam kawasan rumah.
Dan menutup pagar.
Dan kereto sudah bergerak.
Tidak dapat dipastikan tingkah laku selanjutnyo.
Dan ese anggap. Toilet rumoh dio sodang renovation barangkali.
Bersangko baik ajo lah bulan mulio nih.
Dulu Auntie Dobi yang suko bercakap.
Kali ini Uncle Dobi pulak.
Yang petah bercakap dongan ese.
Mungkin dio takdok teman untuk luahkan perasaan.
Ese sampai ajo kedai.
Belum sompek ambil baju yang dah di cuci.
"Itu 169 boleh jadi butut ka?"
Ese dah blur. Apokobondo uncle nih cakapkan ni.
Ado kodai mamak baru mau bukak ko dokek sini?
Mato ese terkebil-kebil. Tengok auntie kek dopan ese.
"Haa.. itu lah. Yang 169 sulah dekat ni, butut2 boleh jadi ka?"
Auntie tolong jelaskan laie.
Tup, otak ese dah boleh referesh semula.
" Owh, itu haa uncle, 16 September ka uncle. Haiya, saya ingat apa tadi"
" Mungkin boleh jadi butut2 la uncle, 80% di jangka boleh jadi tu "
Ese sajo pancing uncle boie pendapat dio.
"Haiya, susah woo mau butut2 jadi. Itu olang sulah anta semua pelegi lua negeli"
Uncle Dobi memang selalu baco surat khabar. Memang ikuti perkembangan.
"Ha, itu pasal la uncle. Dorang kena kuarantin dekat sana."
ese nambah laie kasik sodap.
"Itu bukan pelegi makan angin. Tapi itu olang semua pelegi MAKAN DUIT"
Uncle Dobi senyum sengih dongan Auntie Dobi.
Ese golak sakan sambil ambil baju dan keluar dari kedai Uncle Dobi.
Makhluk tu muncul laie.
Kali ni boleh tahan jugak.
Bosar.
Dah siap bawak masuk bilik ese laie.
Tau lah bilik ese bosar.
Cantik dan bersori.
Jangan ekau cubo-cubo nak kotorkan bilik ese.
Akan ese kojar sampai ke lobang cacing.
Ese cubo skodeng.
Dari lobang mano makhluk ni datang.
Ese dah cubo bagi makan.
Tapi pandai pulak dio menghilangkan diri.
Macam tau-tau yo.
Dokek mano makhluk ni sembunyi.
Ese taktau.
Abis tompek dah ese selongkar.
Masih tak jumpo jugak.
Memang licik.
Ese poie satu restoran ni waktu berbuko.
Si Din yang ajak join berbuko dokek satu restoran.
Di Taman Molek. Belakang Canon centre.
Sekali tengok, memang restoran tu macam restoran cino.
Dan memang pun cino punyo. Pekerjo dio, Indon muslim.
Restoran steamboat.
Kono masak sendiri untuk makan.
Ala-ala restoran johnny dokek Jusco tu.
Tapi yang best kat sini.
Sekali masuk, bayar per kepalo yo.
Dewasa RM17.90 dan kanak-kanak RM7.90 yo.
Jadi makan ajo berapo banyak larat nak makan.
Ese poie 3 orang, Din pulak satu family dio.
Masak punyo masak. Yang banyak ese cokau, udang galah dan sotong.
Dan lain-lain tuh ese suko sayur yo lah.
Ado brokoli, kobis bungo, putik jagung dan carrot.
Rebus dalam tomyam. Cumo tomyam dio kurang ghaso.
Boleh tahan pueh hati jugak lah makan dokek situ.
Kalu desert ado aiskrim untuk bebudak.
Lupo pulak ese nak shoot gambar.
Lenkali ghaso macam nak poie laie lah.
Sebelum pulang kampong berhari ghayo.
Nak pulak steamboat salah satu makanan kegomaran ese.
Hari ini, geng Capturepixs yang kayo rayo.
Tompah mejo dokek Tasek Merdeko.
Untuk berbuko puaso.
Sorang yo yang tak dapek join.
Si Fendy Blitz yang dah janji nak berbuko dongan awek dio.
Dokek sano. Sikit punyo ramai makhluk Tuhan.
Ese sampai agak lewat sikit.
Sibok dongan kojo nak kono buek.
Dokek JB Catering di Tasek Merdeko tahun ini.
Tidak samo macam tahun lopeh.
Nampak ado peningkatan dari segi juadah.
Dan susun atur.
Memudahkan makhluk Tuhan yang ramai tu.
Ese tak makan nasi kali ni.
Sasaran utamo adalah kambing panggang.
Sental daging kambing kuzi dongan udang butter.
Campur pulak sotong goreng tepong.
Pastu campur lagi dongan sayur campur.
Kendian ese ambil pulak salad.
Dan ubi kayu sira.
Nasib baik makan sampai abis.
Yang kurang menyelerokan, kupang.
Betol la kot macam kato si Din Pawaka, kupang tu yang pantai Lido punyo.
Bilo ese makan, ado raso berpasir.
Apo pun, syabas buek JB Catering.
Sambil buat bisnes, sambil buat amal.
Adokah kito harus berlakon baik.
Semato untuk memonangi hati orang lain?
Ese. Bukan begitu.
Ese. Lebih suko menunjukkan diri sebonar.
Terkadang ingin bercakap bonar.
Tapi bilo bercakap bonar, susah nak jago hati orang.
Dan terkadang kito raso perlukah menipu?
Hanyo untuk menjago hati orang?
Terkadang perlu juo.
Tapi sejauh mano kito mampu untuk menipu?
Bak kato pepatah, Pandainyo Tupai Melompat, Jatuh Ke Tanah Juo.
Bagi ese. Biarlah nampak terang diri ese camano.
Biar orang menilainyo sendiri.
Kalau jahat dinilaikan.
Jauhkan diri kalian dari ese.
Namun.
Kalau baik dinilaikan.
Ambillah apo juo kebaikan untuk jadikan teladan.
Mengharapkan manusio lain berubah.
Bukan semudah mengejo ayam itik semaso tadika.
Kironyo jiko mahu orang lain berubah.
Ubahlah tanpo ado ghaso jemu dan mengeluh.
Kerano mengubah manusio lain.
Ibarat membino sebuah Taj Mahal atau Tembok Bosar Chino.
Susah dan memakan maso yang lamo.
Kalau kalian tidak sabar.
Kalian tidak akan jumpo titik noktah kejayaan kalian.
Mako berusaho lah.
Untuk mahu manusio lain berubah.
Bukan semudah mengejo ayam itik semaso tadika.
Ramadhan dah kunjung tibo.
Ese sambut 1st Ramadhan dokek kampong.
Meghaso masakan omak.
Memang menyelerokan sungguh.
Selalu ese makan sepinggan nasi yo.
Susah nak abis. Dah ghaso konyang.
Tak lalu makan lah. Macam-macam.
Tapi bilo kono yo masakan omak.
Makan pun bertambah.
Kono dongan gulai pucuk paku kegomaran.
Dan ikan keli goreng. Ulam rajo dongan cili padi hiris kecil.
Lopeh tu ado pulak ikan gelamo kering.
Fuh. Boleh kecur air liur ese yang sodang menaip nih.
Omak membebel lopeh berbuko.
Ese tak poie semayang terawikh.
Sibuk dan kusyuk sangat dok melayan anak buah.
Iyo lah kan. Ese ni dah la jarang balik.
Sekali sekalo balik. Ese nak lopehkan la rindu dokek anak buah ese ni.
Sampaikan ado orang jeles ese sibuk melayan anak buah. Muahahaha.
Main dongan anak sedaro.
Buek ese ghaso ilang segalo masalah.
Segalo ketensenan boleh lupo sekojap.
Tapi terkadang, anok sedaro ese ni boleh buat ese ilang sabar.
Macam-macam peel pun ado.
Sekojap nak itu, sekojap nak ini.
Menangis tak kiro maso.
Time ese nak tido, time tu lah dio nak mandi. Nak tencing. Nak uk-uk.
Macam-macam ragam.
Ese bukak mekbok. Ese bagi dorang main chess.
Nah. Sekali takmau berganjak.
Dok main chess dokek mekbok.
Ontah apo yang dorang klik. Ese pun taktau.
Tapi dah gian pulak dorang dok main.
"Pak ngah, nak main hok itam putih tu..nak mainnnn" rengek si Yasmin.
Dan itulah yang buek ese terkadang rindu pado dorang.
Tatkalo ese di kejauhan.
Search This Blog
Nuffnang Ads
Facebook Badge
Nanyo Kobar
Blog Archive
-
▼
2008
(179)
-
►
Sep
(26)
- Pandu Dengan Selamat
- Salam Aidilfitri
- Power Window
- Kasut Jaisi
- New York Hotel
- Tuduhan
- Harga Minyak
- Senibong
- Auntie Dobi Laie
- Langkah Terakhir
- Ulser Mulut
- Wad 8C
- Lagi Satu
- Duo Mato Ikan
- Award
- Aiskrim
- Rutin
- Selamba
- Uncle Dobi
- Muncul Lagi?
- Steamboat
- Capturepixs-Berbuka Puaso
- Baik vs Jahat
- Berubah
- Salam Ramadhan
- Niece
-
►
Sep
(26)
My Blog List
-
72 RANCANGAN B2 weeks ago
-
my promise to try..6 years ago
-
Artis baharu popular7 years ago
-
-
-
Dzal Aidi Syamil - 1 Tahun 5 Bulan9 years ago
-
-
Azam Eden.11 years ago
-
muhdrushdi11 years ago
-
Jek Video Ke Taman D'Utama12 years ago
-
Money as grow12 years ago
-
Leen & Fairus - Outdoor Portraiture12 years ago
-
-
My Album13 years ago
-
Rindu...14 years ago
-
EHH !? ADA PROMOSI ??14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-